Nuffnang

Inikah Kebebasan Media Yang Dimahukan??

Senario pada masa kini memperlihatkan banyak maklumat yang disebarkan melalui media komunikasi berlaku dengan agak bebas dan terbuka. Kebebasan dan keterbukaan tersebut kadangkala menjejaskan kredibiliti dan maruah golongan atau individu tertentu yang sepatutnya dipelihara. Atau mungkin pada satu masa akan mengakibatkan berlakunya pendedahan mengenai kelemahan keselamatan negara ini yang amat perlu dipelihara dan dijaga. 

Namun masih ramai yang mudah terpengaruh dengan tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh pakatan pembangkang kononnya negara ini telah gagal dalam memberikan peranan yang seluas-luasnya kepada pengamal media. Malah antara salah satu perkara yang dibangkitkan oleh mereka dalam ‘Manifesto Bukan Janji’ yang dibentangkan baru-baru ini ialah kononnya untuk menghormati kematangan pengamal media bagi menyusun atur industri media supaya bebas dan bertanggungjawab sesama pengamal media tanpa campur tangan kerajaan. 




Sedangkan menurut J.C Merrill melalui bukunya ‘Kewartawanan Sejagat, 1977’ mengatakan secara realitinya di seluruh dunia kebebasan media dan komunikasi adalah sesuatu yang terlalu ideal sehinggakan tidak ada sebuah negara pun di dunia ini yang benar-benar mengamalkan kebebasan tersebut. Namun begitu, Indeks Kebebasan Akhbar (PFI) 2011-2012 yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders mencatatkan Malaysia berada di tangga ke-122 sekali gus memperlihatkan lonjakan berbanding PFI 2010 di mana Malaysia di tangga 144. 

Dalam PFI terbaru ini Malaysia mendahului negara Asia Tenggara misalnya Singapura di tangga 135, Thailand (137), Filipina (140) dan Indonesia (146). Mungkin ada bertanya apa maknanya lonjakan Malaysia dalam indeks yang dikeluarkan oleh Reporters Without Borders? Jawapannya indeks ini bukanlah terlalu penting. Tetapi ia boleh memberitahu dunia tentang tahap kebebasan media negara ini. Ia sekaligus menafikan tanggapan bahawa di Malaysia tiada kebebasan media. Itu sahaja. 

Sekiranya tidak ada kebebasan media, bagaimana boleh wujud banyak portal berita, blog dan akhbar pembangkang di negara ini? Sebahagian besarnya bukan sahaja mengkritik kerajaan malah menyiarkan laporan palsu. Apakah semua ini masih lagi menafikan wujud kebebasan media? Harakah sebagai contoh, tidak pernah menyiarkan laporan atau analisis tentang pembangunan rakyat, begitu juga Suara Keadilan, portal Malaysiakini dan Malaysian Insider.




Mengikut definisi, Harakah dan Suara Keadilan bukanlah akhbar tetapi buletin yang membawa suara parti. Tetapi berapa orang yang faham definisi ini? Buktinya banyak membandingkan kononnya Harakah dan Suara Keadilan lebih telus apabila menghentam dasar kerajaan. Apakah makna ketelusan itu mesti menghentam dasar kerajaan? Tetapi apabila akhbar arus perdana mengkritik dasar-dasar pembangkang, itu dikatakan tiada kebebasan media. 

Semua ini membuktikan kebebasan media di negara ini cuba diselindungkan. Kebebasan melapor, menyiar dan masyarakat pula ada kebebasan mengakses portal atau membeli akhbar di tempat umum adalah kebebasan media. Lebih menghairankan di sebalik kata-kata retorik pakatan pembangkang yang kononnya pejuang kebebasan media, di masa yang sama merekalah sebenarnya yang banyak menindas / mengherdik wartawan serta mengenakan pelbagai sekatan terhadap media. 

Ironinya pihak mendakwa juara memperjuangkan kebebasan media adalah yang paling banyak menyaman media. Contoh yang paling mudah, cuba kita lakukan sedikit analisa, berhubung siapakah yang paling banyak mengemukakan saman terhadap media selain dari makhluk bernama Anwar Ibrahim? Betul, mereka memang berhak mengambil tindakan tetapi bukankah ini bertentangan dengan prinsip kebebasan media yang dilaung-laungkan? 

Dan siapakah juga yang sering menghalang wartawan dari hadir untuk membuat sebarang liputan? Lihat sahaja di pintu masuk pejabat parti PKR yang secara jelas meletakkan nota, bagi menghalang dan melarang akhbar Utusan Malaysia dan stesyen televisyen TV3 hadir mana-mana program dan sidang akhbar yang diadakan mereka. Bukankah itu satu bentuk menghalang kebebasan media? 

Nampak gayanya puak-puak pimpinan makhluk bernama Anwar ini hanya pandai cakap tak serupa bikin! Kalau beginilah caranya, alamat Malaysia akan hancur jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih kerajaan.
read more...

TERKINI : KAPAL US YANG TERSADAI DI LAUT SULU KENA POTONG!!!

Operasi memotong bahagian kapal sepanjang 68 meter itu bermula sejak 22 Februari lalu. Bagaimanapun, operasi memotong itu terpaksa ditangguhkan kerana cuaca buruk.

Operasi memotong kapal itu dilakukan dengan menggunakan sebuah kren di atas sebuah kapal lain. Kapal itu terkandas pada 17 Januari lalu selepas ia tersilap memasuki kawasan terumbu karang.

Badan depan sebuah kapal pembersih periuk api milik tentera Amerika Syarikat (AS), USS Guardian dipotong selepas ia terperangkap di Terumbu Tubbataha di Laut Sulu, lapor akhbar Philippine Daily Inquirer semalam.



Bahagian depan kapal itu diangkat dengan menggunakan sebuah 
kren selepas ia dipotong di Terumbu Tubbataha, Laut Sulu.


Jurucakap Pasukan Pengawal Pantai Filipina, Leftenan Komander Armand Balilo berkata, sebuah pasukan berjaya melakukan operasi tersebut.


Badan kapal yang dipotong itu diletakkan di dalam sebuah tongkang kelmarin. Menurutnya, pasukan penyelamat akan melakukan operasi memotong baki bahagian badan kapal itu.



BB : Masih sukar percaya kapal US yang secanggih itu pun boleh tersalah masuk kawasan terumbu karang!!!
read more...

KHAS : SEJARAH DAN MAKSUD DISEBALIK LOGO 69 KOMANDO

Kenali maksud pada setiap entiti yang terdapat pada logo 69 Komando. Logo ini adalah hasil ciptaan seorang pegawai 69 Komando sendiri, iaitu Supt. Ishak Yahya.


1. Warna merah - lambang keberanian setiap pegawai dan anggota.


2. Warna hitam - lambang kerahsiaan terhadap sesuatu operasi yang dijalankan oleh unit.


3. Warna kuning - lambang kesetiaan terhadap raja dan negara.


4. Kerambit - lambang kepakaran dan kemahiran melakukan operasi sulit terhadap kekuatan musuh.


5. Lembing - lambang status kepahlawanan 69 Komando dalam menjaga serta menobatkan perlembangaan yang menjulang kuasa Kesultanan Melayu sebagai pemerintah, pelindung rakyat jelata dan penjaga kedaulatan negara.


Sumber rujukan: Buku 69 Komando (PDRM)


Sejak krisis pencerobohan pihak Kesultanan Sulu di Lahad Datu, nama unit Komando VAT 69 sering diperkatakan di mana sahaja. Tapi, tahukan anda apa itu Komando VAT 69 dan sejarah penubuhannya? Pasti ramai di antara kita yang fikir bahawa Komando VAT 69 ini dari unit tentera. Sebenarnya komando VAT 69 ini asalnya anggota polis hutan pada zaman komunis dahulu.










Sejarah Penubuhan


Pada bulan Oktober 1969, lebih kurang 60 daripada 1600 pegawai dan anggota Pasukan Polis Hutan (sekarang Pasukan Gerakan Am, PGA) telah dipilih dalam sesi latihan Komando 69 dan akan menjalani latihan asas komando. Sepasukan jurulatih dari United Kingdom Special Air Service Regiment (SAS) telah dihantar ke Fort Kemar, Perak untuk melatih platun percubaan Komando 69. Di akhir latihan ini, hanya 30 orang sahaja yang berjaya dan merupakan trup nukleus pertama Komando 69. Kalau nak tahu, British SAS ni merupakan komando terbaik di dunia. Sesiapa yang minat game Modern Warfare- Call Of Duty mesti tahu pasal SAS nie.



Objektif penubuhan pada zaman darurat tu disebabkan keperluan pasukan polis perlu untuk mempunyai sebuah pasukan kecil yang berupaya untuk bekerjasama dengan pihak Cawangan Khas dalam menjalankan operasi di negeri-negeri yang diancam oleh PKM.








Sebagai pasukan elit PPH, VAT 69 memiliki kecekapan dalam selok belok peperangan hutan, gerakan ofensif dan operasi sulit. Apa yang menarik, VAT 69 telah mengekalkan pemakaian beret berwarna coklat keperangan (sand colour) yang dianugerahkan oleh pasukan British Air Service (SAS) yang bertanggung jawab melatih group awal VAT 69 pada 23 Oktober tahun yang sama iaitu 1969 bertempat di Fort Kemar di kawasan pendalaman Hulu Kinta Perak.


Pasukan ini satu-satunya unit pasukan khas di negara ini yang diberikan penghormatan untuk menyarung beret yang sama warnanya dengan beret SAS. Secara asasnya VAT 69 boleh disamakan sebagaimana anggota GGK yang merupakan pasukan elit daripada cabang unit infantry dalam tentera darat.






Pada tahun 1970an, unit ini memulakan operasi komandonya dan telah dihantar untuk menghapuskan pengganas komunis di hutan. Keputusannya, ramai di antara pengganas komunis telah dibunuh, dicederakan dan lain-lain berjaya ditangkap serta jumlah senjata dan kelengkapan komunis berjaya dirampas. Pada tahun 1977, skuadron Komando 69 telah pertingkatkan kepada 3 pasukan dan telah dilatih oleh New Zealand Special Air Service serta mengadakan kursus khas untuk melatih para jurulatih Komando 69 yang terdiri daripada anak watan Malaysia sendiri. Program ini berjaya pada tahun 1980 dan unit ini mempunyai sebarang kelengkapan khas dan keperluan logistiknya sendiri.

Pada peringkat permulaan, unit ini pernah dikenali dengan pelbagai nama diantaranya Charlie Force, Special Project Unit (SPU) dan Very Able Troop 69 (VAT 69). Pada 20 hb Oktober 1997, pasukan Komando 69 dan Unit Tindakan Khas digabungkan dalam satu unit dikenali sebagai Pasukan Gerakan Khas. Unit ini dilancarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri (B) Rahim Noor. Namun, nama Pasukan Gerakan Khas ini dikekalkan dan kedua-dua unit ini dipisahkan semula dan diberikan gelaran baru. Unit Tindakan Khas digelar sebagai Pasukan Gerakan Khas A dan Pasukan Gerakan Khas B merupakan gelaran kepada Komando 69.


Berpusat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur dan diletakkan dibawah tanggungjawab Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri / Ketenteraman Awam yang dipertanggungjawabkan terhadap tugas dan fungsi-fungsi PGK kepada KPN. Ianya dipimpin oleh seorang Komander berpangkat Senior Assisten Commissioner II dan juga merangkap Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan Dalam Negeri / Ketenteraman Awam (KDN/KA).

- SUMBER
read more...

OPS DAULAT : Kerosakan Di Felda Sahabat Akan Diperbaiki


Segala kerosakan di kawasan penempatan penduduk dan tanaman di Felda Sahabat 16, Lahad Datu, Sabah akan dibaiki selepas Ops Daulat selesai sepenuhnya.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad memberitahu, pihaknya hanya menunggu kebenaran pasukan keselamatan bagi membolehkan pegawai Felda membuat penilaian terhadap kerosakan di kawasan tersebut.




Gambar Hiasan


"Apabila Felda mendapat kebenaran memasuki kawasan krisis barulah kita dapat mengetahui bentuk kerosakan yang menimpa rumah penduduk.

"Kita juga akan menilai kerosakan pada pokok kelapa sawit dan infrastruktur di Felda berkenaan. Kita akan pastikan semuanya dinilai dengan betul dan penduduk mendapat pembelaan sewajarnya," katanya.

Mohd. Isa ditemui pemberita selepas merasmikan program memperkasakan kontraktor bumiputera di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), dekat sini hari ini.

read more...

EKSKLUSIF : JELINGAN MENAKUTKAN SI "SULU PARANG"

Pagi Khamis, tiba-tiba dia didatangi seseorang dalam lingkungan 50-an yang dikenali sebagai Pak Cik Mingul yang mengajaknya bersarapan. Dari inap tempat dia tinggal, mereka berjalan ke kedai makan. Tiada bicara, hanya asap rokok dan keluhan dari Pak Cik Mingul yang kedengaran.

Hatinya berdebar-debar menantikan apakah rahsia yang akan terungkap.

"Kalau di sini, kita takut buat hal. Jangan terlanggar orang-orang dia. Teruk kita nanti. Mereka tinggal di persisiran pantai, telah lama berulang-alik ke Filipina. Hanya 1 jam. Macam-macam yang dibawa balik ke sini." Kata Pak Cik Mingul.



Perkampungan Sulu Parang di Filipina

"Penuh orang-orang dia di bandar ini. Jangan parking di tempat-tempat ketua mereka di depan kedai tertentu. Sukar untuk bersihkan semua sekali. Kalau dibersihkan, esok lusa datang lagi. Paling elok bina saja kompleks atau kem tentera di tapak kampung mereka. Mereka ramai..... perkampungan merekaada di hampir semua kawasan pantai seluruh negeri ini." katanya lagi.

Untuk makluman, Kampung Pengkalan dan Batu-Batu di Felda Sahabat ini merupakan kawasan penempatan Sulu dengan kapasiti 200 - 300 penghuni setiap satu.

Pelbagai etnik Sulu menetap di kampung-kampung ini termasuklah Sulu Parang yang dikatakan etnik paling ganas serta akan menuntut bela apabila etniknya diganggu.


read more...

OPS DAULAT : Mereka Juga Perwira Negara!!

Pelbagai peristiwa dan rintangan dilalui wartawan Bernama dalam usaha mendapatkan laporan terbaik, antaranya menempuh saat cemas terserempak dengan anggota militan ketika mencari bahan berita dan 'diusir' pihak berkuasa keselamatan yang mahu memastikan operasi mereka tidak terganggu oleh wartawan yang cuba mengintip keadaan.






Kecekalan petugas media berada di lokasi berbahaya Operasi Daulat menyerlahkan manifestasi cintakan negara golongan itu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.


Beliau berkata selain memenuhi tuntutan kewartawanan, laporan yang disampaikan petugas di lapangan membantu seluruh masyarakat mendapat gambaran jelas apa yang berlaku.


Katanya kementerian mendapati setiap laporan yang dibuat sangat tepat dan memenuhi garis panduan yang ditetapkan pihak keselamatan.


"Kita berhadapan dengan dunia media yang makin dipersoal masyarakat dan dengan liputan semasa operasi ini, saya yakin bahawa liputan yang dibuat dapat memastikan pemberitaan tempatan mampu bersaing dengan media antarabangsa dalam melaporkan sesuatu bencana," katanya pada majlis makan tengah hari meraikan petugas media yang membuat liputan Operasi Daulat di sebuah hotel di sini Khamis yang dihadiri 35 wakil media.


Hadir sama Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Yong Soo Heong.






Rais berkata sebagai menghargai pengorbanan wartawan yang berjaya menjalankan khidmat nasional yang diamanahkan, kementerian itu akan menganjurkan majlis khusus bagi memberi pengiktirafan kepada semua petugas media yang terlibat dalam operasi itu.


"Ini boleh dianggap sebagai ingatan dan pengiktirafan serta terima kasih kementerian kepada warga media yang telah bertungkus lumus sepanjang membuat liputan di Lahad Datu," katanya sambil memberitahu bahawa antara yang akan diberi ialah sijil penghargaan.


Bernama menghantar 11 petugas membabitkan sembilan wartawan dan seorang jurugambar serta jurukamera untuk membuat liputan sepanjang Operasi Daulat.


Yong berkata atas saranan Rais, BernamaTV akan menghasilkan segera sebuah dokumentari pendek mengenai insiden pencerobohan Sabah itu untuk tatapan dan rujukan pada masa depan.


- BERNAMA
read more...

VIDEO : 500 Rumah Hangus Dalam Tragedi Kebakaran Di Kg. Numbak, Sepanggar , Sabah







Sebelum ini BB ada menceritakan tragedi kebakaran yang berlaku di Kampung Numbak, Sepanggar pada 7.30 malam Rabu lepas yang memusnahkan kira-kira 500 rumah atas air. (KLIK SINI).









BB : HARAP SEMUA MANGSA TRAGEDI DAPAT BERSABAR.
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top