Nuffnang

RM 23 JUTA UNTUK ZAKAR PENDEK

EL CAJOUN: Seorang bekas kelasi diberi ganti rugi sebanyak AS$7.5 juta (RM23.25 juta) dalam satu kes kemalangan kereta di California yang menyebabkan kemaluannya menjadi pendek kira-kira 1.27 sentimeter.



Matthew Wall yang baru berkahwin mengalami kecederaan dan kerosakan saraf pada kemaluannya berikutan kemalangan pada 2007 itu.

Lelaki berusia 27 tahun itu menjalani pembedahan membetulkan zakarnya dan ia menyebabkan ia semakin pendek sebanyak 1.27 sentimeter berbanding sebelum kejadian.

Juri di mahkamah El Cajoun, memberikan ganti rugi kepadanya sebagai pampasan untuk kesakitan, penderitaan, kos perubatan serta kehilangan punca pendapatan yang dialaminya.. - Agensi
read more...

NASIB BELIA DI BAWAH PAKATAN

Apa nak jadi ni? BB setuju dengan pandangan di bawah yang dipetik daripada portal Suara Generasi Baru. Sekadar untuk berkongsi dengan anda semua.

...............................................

Pengakuan Anwar Ibrahim dalam temu bual di BBC pada 12 Jan 2012 benar-benar merungsingkan penulis.  Ini kerana Anwar telah dengan jelas menyatakan akan menghapuskan undang-undang anti homoseksual yang kini diamalkan di negara kita.


Sekadar gambar hiasan

Lupakan soal agama sebentar kerana jelas ia bertentangan, tapi hubungan homoseksual ini turut sama menghancurkan institusi kekeluargaan dinegara kita jika undang-undang yang sedia wujud dihapuskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Anwar.
Apakah masa depan anak-anak kita hari ini bila ibu bapa mereka nanti adalah terdiri dari jantina yang sama?

Memang ia tidak dinyatakan oleh Anwar bahawa perkahwinan sejenis akan dibenarkan dengan penghapusan undang-undang tersebut tapi percayalah satu hari nanti ia akan menuju ke arah itu juga!!

Penulis sukar nak membayangkan keadaan itu berlaku dalam persekitaran kita yang konservatif dan kuat dengan adat serta budaya ketimuran.  Apatah lagi agama rasmi kita ialah agama Islam.  Kita tidak memaksa sesiapa memeluk Islam tapi dalam masa yang sama kitra juga sepatutnya menghalang kegiatan tidak bermoral keterlaluan seperti hubungan homoseksual ini.

Penulis tidak faham apa sebenar yang diperjuangkan Anwar?  Dia beria-ia menafikan ada terlibat dalam hubungan homoseksual tapi dalam masa yang sama dia mahu menghapuskan undang-undang sedemikian juga?  Tidak itu kelihatannya bertentangan?

Baca selanjutnya : Suara Generasi Baru
read more...

RAKYAT SEMPORNA DAN TAWAU SAMBUT KEDATANGAN MUHYIDDIN



KOTA KINABALU 16 Jan. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini hari ini untuk lawatan rasmi dua hari ke Sabah.

Muhyiddin tiba dengan pesawat khas di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira pukul 4.40 petang. Beliau diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, Menteri Dalam Negeri Datuk Hishammuddin Tun Hussein dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan disambut oleh timbalan-timbalan ketua menteri, anggota Kabinet negeri dan ketua-ketua jabatan kerajaan Persekutuan dan Negeri serta pemimpin masyarakat.

Muhyiddin akan menghadiri majlis makan malam tertutup dengan Badan Perhubungan UMNO dan Jawatankuasa Barisan Nasional Negeri pukul 7 malam ini. Esok, beliau dijadual berlepas ke Semporna dan dijangka tiba di daerah itu kira-kira pukul 9.20 pagi bagi menghadiri Majlis Mesra Rakyat dan Penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Padang Pekan Semporna pukul 10 pagi.

Beliau juga akan membuat perjumpaan khas dengan guru-guru, persatuan ibu bapa dan guru (PIBG), penjawat awam dan pemimpin masyarakat di Dewan Masyarakat Semporna pukul 12 tengah hari.
Pada pukul 3 petang, Muhyiddin akan menghadiri Majlis Penyerahan BR1M di Dewan Masyarakat Tawau sebelum berlepas pulang ke ibu negara pukul 5 petang. — BERNAMA
read more...

APEK (KHAIRUL FAHMI) BAKAL JUTAWAN



KOTA BHARU: Penjaga gawang skuad bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, dilihat bakal bergelar jutawan kerana rezekinya tidak putus-putus sejak membantu negara memenangi Piala AFF Suzuki 2010.

Terbaru, Kelab Khairul Fahmi Che Mat (KKFCM) dan syarikat Khairul Fahmi Resources (M) Sdn Bhd (KFR) miliknya dilancarkan secara rasmi di sini, semalam. Sebelum ini, Khairul Fahmi yang mesra dengan panggilan Apek memiliki sebuah banglo dihadiahkan kerajaan Kelantan bernilai RM200,000, menjadi duta beberapa syarikat dan kerap menghiasi muka depan beberapa majalah.

“Alhamdulillah, saya sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki diterima dan berharap perancangan syarikat serta kelab ini berjalan lancar,” katanya.
Apek berkata, menerusi KKFCM dan KFR yang menjalin kerjasama dengan Rakyat Travel (anak syarikat Bank Rakyat), beberapa pakej ditawarkan sebagai syarat keahlian dengan pakej paling tinggi membabitkan bayaran yuran RM750 (pakej Family Combo) dan paling rendah RM10 (pakej rakyat).
Menerusi pakej itu, ahli kelab boleh menikmati pelbagai keistimewaan, termasuk perlindungan insurans bernilai RM40,000 setahun tajaan KFR, potongan menginap di Khairul Fahmi Villa Inn Kota Bharu, potongan pakej pelancongan dan pakej umrah selain menyertai aktiviti bersama Khairul Fahmi pada masa depan.
Sumber : MyMetro
read more...

PELAJAR UGUT NAJIB DIBEBASKAN



GEORGE TOWN: Polis melepaskan dengan jaminan seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) yang membuat kenyataan berbaur ugutan di laman sosialnya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.
Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata polis membebaskan pelajar terbabit selama sebulan tetapi boleh memanggilnya pada bila-bila masa sekiranya perlu bagi membantu siasatan.
"Dia adalah pelajar tahun keempat jurusan kejuruteraan, dan sedang menduduki peperiksaan. Polis membebaskannya bagi membolehkan dia menduduki peperiksaan hari ini," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Polis Diraja Malaysia di sini hari ini.

Pelajar berusia 24 tahun itu dikatakan telah membuat kenyataan untuk meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri dalam lawatannya ke USM minggu depan.

Dia ditahan pada 1.30 petang semalam selepas polis mendapat maklumat mengenai kenyataannya itu. Siasatan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperutukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. - Bernama
read more...

TERKINI : DIEGO MARADONA DIKEJARKAN KE HOSPITAL

Berita terkini yang BB dapat dari Goal.com menyatakan bahawa lagenda bolasepak dunia ini telah ditahan di hospital swasta di Dubai kerana batu karang buah pinggangnya (kidney stone).




Maradona 51, yang mengadu sakit dibawa ke klinik swasta tersebut untuk pemeriksaan dan dianogsis biasa, namun doktor yang memeriksanya dapat mengesan simtom penyakit tersebut. Beliau seterusnya ditahan dan dijangka menjalani pembedahan lewat hari Ahad tadi.

Sekilas........

Kidney StoneS


A kidney stone is a solid mass made up of tiny crystals. One or more stones can be in the kidney or ureter at the same time.

Info lanjut mengenai kidney stones ini boleh didapati di Sini
read more...

GEMPAR! HELIKOPTER PM HAMPIR DIBOM?


Berita ini BB teropong dari blog Kedah Ke KL

Hm...ntahlah. Jangan dimain-mainkan perkara yang serius seperti ini. Bagi BB, apa sahaja bentuk provokasi, ancaman atau ugutan yang mengancam ketenteraman perlu diambil tindakan. Kita jangan terlalu berlembut, nanti orang pijak kepala atau jangan sampai sesuatu yang kita anggap sebagai gurauan betul-betul menjadi realiti. Tak guna kita menyesal di kemudian hari.

........................................................


Blog Kedah Ke KL

Pelajar USM berbangsa India yang cuba mengancam mengugut untuk mengebom helikopter Perdana Menteri telah ditangkap di asramanya sebentar tadi.

Mungkin dia fikir ugutan seperti itu adalah untuk main-main sahaja, namun selepas apa yang terjadi di perkarangan mahkamah, demo Bebas 901 . Perkataan BOM menjadi semakin sensitif.

Ini menjadi pengajaran pada semua facebookers, agar lebih berhati-hati dan sensitif dalam bersembang dan membuat posting.

Mungkin dia ingat, main-main. Bagaimana jika kejadian itu benar-benar berlaku?

Dia mungkin suspek utama, kerana secara terbuka menyuarakan perkara BOM tersebut.

Inilah orang panggil, fanatik tak kena tempat, kan makan dah diri.
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top