“Saya mahu fokus apa saya buat sebab mesej sebenar yang saya lakukan sebelum ini disalah tafsir. Mesej nak kita bawa sebenarnya hak asasi manusia,” Hak asasi manusia? Hak asasi sehinggakan melawan hukum Allah? Astaghfirullah al azim.....
Presiden Kempen Pelangi, Numan Afifi yang dikaitkan dengan penganjuran program “Iftar Gay” Jun lalu sah melepaskan jawatan dalam DAP bagi mengelakkan persepsi buruk terhadap partinya.
Beliau menyandang jawatan setiausaha publisiti Pemuda DAP Subang dan ahli jawatankuasa DAP Bandar Utama. Katanya ketika dihubungi FMT, beliau melepaskan jawatan berkenaan atas kerelaan sendiri.
“Saya lepaskan jawatan sebab tidak mahu timbul salah faham, sebab orang cuba kait dengan DAP. Jadi, saya tidak mahu salah faham itu berterusan,” katanya.
Numan sebelum ini dikaitkan dengan Kempen Pelangi, yang menganjurkan program buka puasa bersama golongan homoseksual. Ia dianjurkan bagi mewujudkan dialog antara masyarakat heteroseksual dan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
“Hasratnya ialah untuk balik kepada asas dan berdialog antara satu sama lain, berkenalan dengan pegangan, budaya dan identiti masing-masing supaya kasih sayang dapat disebarkan,” kata Kempen Pelangi dalam kenyataan sebelum ini, dan menambah program itu diadakan bersempena “LGBT Pride Month”, yang menganjurkan pendekatan positif terhadap golongan kontroversi itu.
Numan menjelaskan beliau melepaskan semua jawatan hari ini, selepas terpilih untuk menggalas jawatan berkenaan dalam pemilihan DAP Subang dan DAP Bandar Utama 2 bulan lalu.
Janganlah kita bersikap berdiam diri dengan alasan hal ini tidak melibatkan diri secara langsung. Perlu diingatkan kerosakan yang berlaku ini akan tetap menimpa kita, jika tidak sekarang mungkin pada masa akan datang.
Firman Allah di dalam Surah Ar-Rum, ayat 41 yang bermaksud:
Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
Firman Allah di dalam Surah Al-Anfal, ayat 25 yang bermaksud:
Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.
Di dalam konsep menegah kemungkaran, sama-samalah kita memelihara diri, keluarga dan masyarakat daripada terjatuh ke dalam lembah kemaksiatan. Tindakan kita pada hari ini akan menentukan masa depan kita pada hari esok. Allah akan bertanya apakah yang telah anda lakukan demi menyelamatkan anak bangsamu?
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....