
KAMBING HITAM : Kenyataan Zuraida Hina Wanita!!!

Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun hari ini membidas kenyataan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamarudin yang menyifatkan beliau sebagai calon ’kambing hitam’ BN dalam pilihan raya kecil itu.
Chew berkata, Zuraida tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seumpama itu yang bukan sahaja menghina kaum wanita tetapi diri sendiri kerana Zuraida juga daripada kaum hawa.
"Parti (MCA) berusaha yang terbaik untuk memilih calon yang sesuai dan bagi saya ini adalah satu pengiktirafan kepada wanita.
"Zuraida memandang rendah kepada kaum wanita. Dia tidak sepatutnya dengan mudah mengeluarkan kenyataan menghina kaum sendiri,” katanya kepada pemberita selepas majlis ulang tahun ke-65 dan mesyuarat agung luar biasa MCA di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Zuraida baru-baru ini yang berkata BN menghantar Chew sebagai calon parti itu supaya Chew boleh dipersalahkan sekiranya BN kalah dalam PRK pada 23 Mac ini. - Bernama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



time for malaysians to get used to gov t loans com...

no plans for sez along m sia thai border says mini...

kotak packaging mesra alam pilihan bisnes bertangg...

pengalaman memetik buah cherry di kent julai 2025

rahsia lembut gebu resipi tosei idli homemade bers...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
zuraida ni pmpuan giler.. nak berpolitik dah jadi bodoh nak kuarkan isu.
BalasPadamTAHU XPA, GILER PUNYA ORG PUAN NI
BalasPadam