Nuffnang

MB PRIHATIN : 7 Keluarga Hamburkan Pujian Dan Penghargaan


Kesedihan tujuh keluarga yang ditimpa musibah selepas tiga buah rumah yang dihuni mereka yang terletak bersebelahan Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam terlibat dengan kebakaran kira-kira 3 bulan lalu kini sudah mula melakarkan senyuman.
Rumah yang dalam pembinaan itu sudah 60 peratus siap yang mana dalam jangkaan boleh di diami pada awal mac nanti.

Menurut salah seorang mangsa, Mohd Nor Jusoh, 63, beliau amat bersyukur kepada Allah SWT kerana telah didatangi Yab Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman Menteri Besar Terengganu yang telah meluluskan rumah baru untuk keluarganya semasa lawatan beliau pada september lalu.

“Saya dan keluarga tidak sabar untuk mendiami rumah ini kerana ketika ini kami menyewa rumah di Wakaf Beruas bersama 3 keluarga yang lain”

“Sejak mula dibina rumah ini… saya hari-hari datang melihat sendiri pembinaan rumah ini dan syukur alhamdulillah… kini sudah hampir siap”

“Saya dan seluruh ahli keluarga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Menteri Besar Terengganu yang begitu cakna serta prihatin kepada kami rakyatnya yang ditimpa musibah ini” katanya.

Othman,30, turut merakamkam jutaan terima kasih kepada Yab Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Pegerusi Penyelaras UMNO Dun Wakaf Mempelam Salleh Othman, Jawatankuasa J3k Wakaf Mempelam dan seluruh orang awam yang telibat dalam membantu keluarganya semasa musibah kebakaran yang lalu.

“Hari ini setelah melihat rumah sumbangan kerajaan negeri terutama usaha Yab Dato’ Seri Menteri Besar ini.. saya menitiskan air mata dengan sendirinya”

“Terima kasih.. terima kasih… kepada semua yang telah memberi sumbangan kepada kami selama ini”

“Sesungguhnya kami tidak dapat membalas jasa semua, semoga Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya nanti… Insya Allah”’ ujurnya.

Sehubungan dengan itu, tiga buah rumah teres dengan nilai RM40,000 sebuah dan dua buah lagi dengan nilai yang sama juga dalam proses akhir untuk pembinaan serta dijangka selesai pada bulan pertengahan tahun ini.

Sebelum ini Ahmad Razif telah menyatakan , kerajaan negeri akan menanggung perbelanjaan dari segi sewa rumah dan sebagainya.

“Ini adalah komitmen kerajaan negeri dalam membantu rakyat kita saat-saat ditimpa musibah yang sebegini.

“Kita akan melihat apa bentuk bantuan yang perlu diberi kepada mangsa termasuk anak-anak yang bersekolah termasuk akan meminta Yayasan Terengganu untuk membantu anak-anak yang bersekolah ini dengan memberi kelengkapan sekolah, buku, pakaian sekolah dan sebagainya,” ujarnya.

Kebakaran rumah Mohd Nor Jusoh dan Tuan Manisah Tuan Othman di Kampung Wakaf Mempelam. - Terengganu Times
Share this article

1 Komen:

  1. masa susah, ber tan tan puji pujian pada UMNO....dah dapat dan senang esok, Celako BN, celako UMNO...!!!

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top