Nuffnang

KEBULURAN : Sedangkan Gelandangan Pun Kita Bagi Makan Apatah Lagi Mahasiswa - Khairy


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengakui memang ada mahasiswa yang susah di negara ini namun beliau percaya ia tidak sampai ke tahap kebuluran.

Menurutnya, sekiranya Pemuda Umno mengetahui mana-mana mahasiswa mengalami nasib sedemikian, pihaknya pasti sedia membantu.

"Saya tidak kata mahasiswa senang, saya tidak kata tidak ada mahasiswa yang susah tetapi saya rasa tidaklah sampai (tahap) mahasiswa kita kebuluran di Malaysia.

"Kalau ada yang susah, tak cukup duit, saya yakin kementerian pendidikan, universiti boleh bantu dan kalau kita tahu, kita akan bantu," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda Umno di sini, semalam.

Sebelum ini kecoh di laman sosial dengan kisah mahasiswa ikat perut gara-gara tidak cukup wang hingga menyebabkan ususnya koyak.

Dalam pada itu, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan mengakui bersedih sekiranya kisah yang menjadi viral itu benar-benar berlaku.

"Tetapi mungkin kes ini, mahasiswa itu tidak beritahu sesiapa. Saya rasa sangat sedih bahawa kalau sekiranya kes ini betul, kenapa mahasiswa itu tidak cakap apa-apa kepada universiti, pensyarah, ketua kolej...kepada sesiapalah.


"Memang ada mahasiswa yang susah, tapi saya rasa tidaklah sampai tahap begitu," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berharap berita seperti ini tidak disensasikan dan kesahihannya dipastikan terlebih dahulu.

"Saya rasa tidak ada kes di Malaysia ini di mana mahasiswa itu boleh dibiarkan begitu sahaja.

"Sedangkan gelandangan di KL pun kita bagi makanan. Jadi, saya sukar nak faham," katanya.



KURANGKAN PERBELANJAAN KERAJAAN

Khairy juga yakin semua kementerian bersedia mengubahsuai perancangan bagi mengurangkan perbelanjaan susulan pengubahsuaian Bajet 2016 berikutan kejatuhan harga minyak mentah dunia.

Menurutnya, KBS sendiri bakal mengadakan mesyuarat khas bagi meneliti mana-mana perancangan yang boleh diubah bagi mengurangkan perbelanjaan mereka.

"Ini adalah realiti bahawa belanjawan 2016 dibentang guna andaian hasil pendapatan kerajaan iaitu harga minyak pada paras USD 48 setong sebab 30% daripada hasil pendapatan kerajaan datang daripada sektor minyak dan gas.

"Tetapi apabila harga minyak merudum, sekarang ini USD 30, maka andaian tersebut tidak boleh lagi digunapakai," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda Umno, di PWTC semalam.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan akan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal bulan ini untuk membincangkan pengubahsuaian Bajet 2016 ekoran senario semasa ekonomi.

Menurut Khairy, beliau memahami bahawa perbelanjaan perlu dikurangkan apabila pendapatan berkurangan.

"Jadi, ini menuntut kita membuat sedikit perubahan daripada perancangan dan saya yakin semua kementerian bersedia untuk membuat sedikit pengubah suaian pada perancangan mereka.

"Ini tidak menjejaskan perkhidmatan dan juga projek-projek penting seperti yang ada kaitan dengan rakyat. Cuma mungkin program-program yang tidak kritikal, perlu kita kurangkan," katanya.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top