Nuffnang

PERUTUSAN "CIKGU DET" : 6 Khabar Gembira Buat Warga Pendidik


Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan bahawa proses pertukaran guru "duka lara" akan dilaksanakan secara berkala dan tidak hanya tertakluk pada bulan Januari dan Jun tahun ini sahaja.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menjelaskan bahawa proses tersebut pada permulaannya adalah melibatkan negeri Sabah dan Sarawak yang bakal dibuka pada 15 hingga 25 Januari ini.
"Pertukaran guru duka lara dibuat secara berkala, tidak hanya utk Jan dan Jun. Permulaan utk Sabah dan Sarawak, akan dibuka pada 15-25 Jan ni," katanya yang dipetik dari laman sosial Facebook rasminya sebagai sebahagian dari intipati perutusan beliau untuk tahun 2016.

Program khas menamatkan "duka lara" diperkenalkan Mahdzir kurang 6 bulan selepas mengambil alih jawatan Menteri Pendidikan dan mendapat pujian dari ramai pihak terutama dari kalangan guru yang terpisah dengan pasangan serta keluarga ekoran lokasi yang ditugaskan.

Namun begitu, ada di kalangan guru yang dilihat "kurang sabar menunggu" proses berkenaan yang telah menamatkan "duka lara" seramai 1848 orang guru sejak mula ia dilaksanakan akhir tahun lalu.

Selain itu, dikatakan terdapat juga guru yang baru mengajar setahun dua, namun mendakwa diri "terlalu berduka lara" dan mendesak agar ditukarkan segera ke lokasi yang dipohon.

Walau bagaimanapun, program berkenaan yang bersifat holistik berbanding sistem "trafic light" yang diamalkan sebelum ini menggariskan keutamaan kepada guru-guru yang lebih lama terpisah dan mengalami masalah-masalah kritikal yang membimbangkan.


Selain itu Mahdzir turut membariskan beberapa intipati perutusan 2016 yang dipetik dari laman Facebook beliau, seperti yang berikut;

Intipati yang diumumkan sewaktu ucapan Perutusan Tahun Baharu 2016 sebentar tadi.

1) Pertukaran guru duka lara dibuat secara berkala, tidak hanya utk Jan dan Jun. Permulaan utk Sabah dan Sarawak, akan dibuka pada 15-25 Jan ni.

2) Bagi memastikan guru lebih berfokus kepada tugas hakiki, Kementerian akan mengkaji keperluan beberapa aplikasi dalam talian bagi mengelakkan kesesakan trafik data, kemasukan data akan "decentralize". Pihak sekolah dan PPD akan dipertanggungjawab untuk aplikasi yang melibatkan operasi seperti kehadiran murid.

3) NPQEL akan dipermudahkan, tidak perlu sbg syarat utama utk lantikan guru besar dan pengetua, lantik dahulu, baru hadir berkursus.

4) UPSR bakal menjadi spt PT3, tidak hanya spt skrg yg 100% berasaskan peperiksaan.

5) Tiada istilah "siapalah kami", dgn merujuk warga pendidik dgn KPM. KPM mahu wujudkan hubungan dua hala.

6) Pengurusan tertinggi KPM adalah "servant" kpd pihak sekolah.

Dengan perutusan tersebut, dijangka beberapa masalah kritikal yang membabitkan golongan guru, murid, PPD, JPN dan KPM sendiri bakal dapat diselesaikan dan meringankan beban yang dikatakan sudah lama ditanggung warga pendidik di negara ini. - Kedahnews.com
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top