Nuffnang

KECEWA. DAN HILANG KEPERCAYAAN : Cawangan DAP Dibubarkan!!!


Dalam satu majlis khas, kumpulan yang kecewa tersebut telah membacakan ikrar menentang DAP, menggunting serta mematahkan kad keanggotaan dan baju DAP masing-masing sebagai simbolik mereka sudah tidak bersama parti berkenaan. 

DAP Cawangan Pantai Sepang Putra, di sini dibubarkan selepas kesemua 25 anggota cawangan itu mengisytiharkan keluar parti hari ini.

Bekas setiausaha cawangan terbabit, N Thanaletchumi berkata keputusan itu dibuat selepas semua anggota cawangan tersebut hilang kepercayaan kepada parti ekoran kegagalan kepimpinan tertinggi memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Kami anggota DAP cawangan Pantai Sepang Putra sebulat suara mengisytiharkan keluar parti berkuat kuasa hari ini, katanya pada sidang media di sini.

Beliau mendakwa, pemimpin DAP hanya datang bertemu mereka ketika memerlukan sokongan pada pilihan raya umum dan semasa pemilihan parti.

Menurut Thanaletchumi beliau sudah menghantar surat mengisytiharkan keluar DAP kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS), semalam.

Beliau kemudiannya mengetuai bekas anggota parti itu menyertai Parti Alternatif Rakyat (PAP), sebuah parti serpihan DAP dengan menyerahkan borang keahlian kepada Setiausaha Agung parti, David Dass.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top