Nuffnang

VIDEO : Lagi Peragut Kena Belasah Kaw-Kaw!!!



Seorang suspek ragut telah berjaya ditangkap dipercayai berlaku di Seremban. Seorang saksi ketika penangkapan tersebut oleh orang ramai telah merakam video yang kini turut tersebar di laman sosial.

Seperti biasa yang sudah menjadi budaya orang kita bila tangkap penjenayah sendiri dan sebelum kehadiran pihak polis lebih-lebih lagi jika penjenayah ragut sudah tentu dibelasah sehingga puas bagai dirasuk.

Dalam video ini suspek berkenaan telah dibelasah sehingga berlumuran darah. Bagaimanapun sebenarnya perkara ini patut dielakkan kerana seseorang itu belum disabitkan kesalahannya sehingga diputuskan oleh pihak mahkamah. Jika benar sekalipun suspek mengaku ataupun ditangkap ketika sedang melakukan jenayah mungkin ada kisah disebalik seperti paksaan dan sebagainya.

Masalahnya budaya kita ini masing-masing ingin menjadi hero dan penegak undang-undang. Namun jangan pula anda menjatuhkan hukuman dan selepas itu anda sendiri yang dihukum dengan undang-undang. Sekiranya tidak mahu mengambil risiko tersebut dalam kes seperti ini serahkan sahaja kepada pihak polis - SiakapKeli.com

Share this article

1 Komen:

  1. heh.. sembang.. cuba kalo mak kau kena ragut. peragut pulak kantoi depan mata. mesti ko pun belasah kaw2 kan? penulis pandai tulis shj. cite gebang tak nak ape2 kn peragut. tuih.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top