Penghijrahan Neelofa baru baru menjadi perhatian ramai dan mesti ada diantara anda ingin mengetahui kisah disebalik keputusan pelakon & pengacara popular ini untuk bertudung penuh.
Neelofa muncul dalam sebuah segmen melalui siaran radio IKIM FM untuk menceritakan kisah perjalanan beliau sepanjang lebih setahun untuk mencari kebahagiaan yang kekal selepas memiliki segalanya dalam hidup.
Selain mengikuti kelas agama dan membaca, antara langkah awal Neelofa untuk terus berhijrah adalah untuk melengkapkan solat lima waktu dan berkat doa dalam solat harian, Neelofa percaya Tuhan turunkan hidayah untuk dirinya.
Dengar audio lengkap di bawah, semoga ada sesuatu yang boleh kita pelajari.
- SUMBER
Kata Neelofa menerusi Harian Metro mengenai penghijrahannya:
Alhamdulillah, akhirnya apa yang saya inginkan selama ini dapat juga direalisasikan dengan sempurna. Walaupun pernah terbit rasa ragu, tapi inilah yang saya ingin dan bersyukur ruang itu diberikan dengan baik untuk saya berhijrah dan bertudung.
Bukan atas sebab lain atau sebarang perkara yang membuatkan saya membuat keputusan bertudung, sebaliknya memang sudah lama saya fikirkan soal ini. Tiada pihak yang mencadangkan, jauh sekali memaksa kerana penghijrahan ini ikhlas, peribadi, jujur dan rela.
Tak perlu saya kongsikan situasi atau apa yang membuatkan saya untuk berubah kerana biarlah ia kekal menjadi peribadi saya. Alhamdulillah pintu hati ini dibuka lebih awal buat saya. Insya Allah ini adalah diri saya sekarang dan Neelofa yang baru.
Saya berharap dan yakin peminat akan menerima saya seadanya, malah mereka adalah pemberi semangat buat saya. Saya sudah lama fikirkan untuk bertudung.
Sebab itu saya banyak hadir ke kelas-kelas agama, mengikuti kelas tafsir Al Quran dan banyak lagi kerana saya tidak mahu faktor sekeliling atau individu tertenu yang mengubah sebaliknya biarlah ilmu yang membawa saya kepada sebuah perubahan buat saya.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....