Nuffnang

BIADAP!!! Apa Motif "Projek Dialog" Gunakan Gambar Ini?



Bangi – Tindakan Projek Dialog yang memuatnaik gambar sepasang kekasih lelaki Yahudi dan wanita Palestin berkucupan di tengah tembok Aparteid yang didirikan rejim Zionis merupakan satu tindakan yang menjijikkan.

Ketua Penerangan Wanita ISMA, Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata, tindakan itu dikecam kerana dilihat sebagai suatu bentuk provokasi dan penghinaan ke atas rakyat Palestin dan seluruh umat Islam yang menyokong perjuangan rakyat Palestin yang tertindas.


Amat memualkan apabila ia dimuatnaikkan ketika mana sekarang ini angka kematian semakin meningkat di kalangan rakyat Palestin.

“Jadi untuk siapa dan apa tujuan gambar itu dimuatnaik? Untuk keluarga yang terkorban akibat bedilan bom Israel di kala mereka menunggu sahur?

“Untuk isteri yang kehilangan suami yang maut di atas motor dengan anggota perut terkeluar? Untuk anak-anak Palestin yang tidak mengerti kenapa mereka akan menyambut hari raya Aidilfitri tanpa kaki dan tangan akibat bedilan bom?

“Mungkin juga untuk ahli parlimen Israel, Ayelet Shaked yang menyeru penghapusan etnik Palestin (genocide), termasuk warga tua dan kanak kanak, yang dibuat melalui Facebook beliau dan di ‘like’ oleh ribuan rakyat Israel? Ya, beliau menyeru genocide! Foto tersebut satu lelucon bagi regim Zionis sendiri,” katanya ketika dihubungi wartawan ISMAweb.

Beliau berkata demikian memberi respon kepada Projek Dialog apabila memuatnaik gambar sepasang kekasih lelaki Yahudi dan wanita Palestin, berdasarkan bendera yang dipegang mereka, berkucupan ditengah-tengah tembok aparteid di twitter mereka semalam sambil mengucapkan selamat menyambut Ramadhan.

Ujar Dr. Rafidah, adalah sangat tidak munasabah, Projek Dialog seolah-olah tidak memahami sensitiviti umat Islam apabila mereka mengenengahkan seruan keamanan melalui kucupan yang jelas bertentangan dengan syariat Islam dan budaya rakyat Malaysia.

Dalam pada itu tambahnya, Projek Dialog juga sebelum ini amat konsisten apabila dengan sengaja menyampaikan kekeliruan fakta ke atas umat Islam.

Projek Dialog baru-baru ini telah di tegur kerana mengenengahkan isu video Sister in Islam yang memetik ayat Quran yang salah dalam mengupas isu hak wanita di samping cuba menyampaikan fakta yang bertentangan mengenai kewajipan berhijab di dalam Islam.

Sikap Projek Dialog yang selektif dalam memilih sumber yang tidak berautoriti bagi mengemukakan isu, tidak langsung menggambarkan suatu bentuk dialog yang sihat, sebaliknya lebih merupakan hentaman satu hala ke atas Islam dan umatnya.

Justeru, seluruh umat Islam diharap lebih peka dengan golongan seperti Projek Dialog, yang dilihat lebih ke arah membawa agenda menyokong sekularisasi dan liberalisasi Malaysia.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top