Nuffnang

SEGERA!!! Kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Berkenaan Isu 13 Mei



Peringatan YAB Timbalan Perdana Menteri semasa berucap dalam Majlis Berbuka Puasa Dewan Undangan Negeri Bukit Serampang tempoh hari harus diambil dalam semangat ianya dimaksudkan iaitu peringatan oleh orang nombor dua kepimpinan negara yang cintakan negaranya dan mahu melihat rakyat Malaysia hidup dalam keadaan harmoni. 

Merupakan perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab sama sekali untuk memutarbelitkan lontaran beliau yang bersifat peringatan positif dengan sebaliknya menggambarkannya sebagai suatu ancaman sepertimana yang dibuat oleh YB Lim Kit Siang. Perbuatan tersebut mendedahkan niat kurang baik dan sifat tidak prihatin/bebal kepada fakta sejarah pihak-pihak yang terlibat.


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia merasa terpanggil mengeluarkan kenyataan ini melihat arah aliran perbahasan mengenai kenyataan beliau yang telah disalah andaikan oleh pihak pembangkang sebagai bersifat ancaman. Adakah salah bagi pemimpin negara memberi peringatan kepada rakyat bahawa perpaduan negara mesti dipelihara dengan baik? 

Apakah motif YB Lim Kit Siang yang memutarbelit maksud Timbalan Perdana Menteri dan menganggap ia sebagai satu ancaman? Bagi saya ini adalah perkara biasa bagi YB Lim Kit Siang yang sentiasa bersangka buruk dan mensensasikan isu dengan niat yang tidak bertanggungjawab. Mungkin YB Lim Kit Siang harus bermuhasabah dan fikir apa yang beliau dan parti beliau telah menyumbang kepada Perpaduan Nasional yang semakin rapuh hari ini.




Tidak dapat dinafikan bahawa semenjak beberapa tahun kebelakangan ini terdapat aliran peningkatan penggunaan isu-isu bersifat pemecahbelah berasaskan etnik, agama, bahasa, ekonomi dan sejarah dalam polemik nasional. 

Penggunaan isu-isu ini telah menyebabkan peningkatan suhu politik negara ke tahap yang membimbangkan. Kita harus mengambil maklum akan kronologi perjalanan sejarah Malaysia dan negara-negara lain didunia bagaimana penggunaan isu-isu pemecahbelah ini jika dibiarkan tanpa ditangani mampu dan telah menimbulkan ketidakstabilan.

Perpaduan Nasional bukannya perkara yang boleh diambil mudah, ia rapuh sifatnya dan memerlukan usaha pengukuhan yang berterusan. Setiap era melahirkan cabaran baru kepada perpaduan rakyat Malaysia dan cabaran itu perlu kita tangani bersama secara bijaksana dan bertanggungjawab. 

Hakikatnya tragedi hitam 13 Mei 1969 merupakan suatu fakta sejarah, titik-titik yang membawa kepada peristiwa ini telahpun dan akan terus dibahas oleh para sejarawan, selama lebih empat dekad juga kerajaan telah menggubal dan melaksanakan pelbagai dasar bagi memastikan tragedi ini tidak mungkin lagi berlaku dengan mengurangkan kesan pencetusnya sama ada bersifat politik, ekonomi mahupun sosial. 

Namun rakyat Malaysia seharusnya insaf Perpaduan Nasional yang bersifat mapan tidak mampu dibina dalam waktu yang singkat dan hanya dengan niat yang baik dengan mengambil kira secara objektif realiti yang wujud dan sejarah lampau. 

Hakikatnya semenjak merdeka dan kemudiannya pembentukan Malaysia kita telah dihadapkan dengan cabaran untuk membina sebuah negara bersatu di atas kepelbagaian yang amat kompleks tanpa mengorbankan prinsip-prinsip demokratik dan kebebasan individu yang dijamin Perlembagaan Persekutuan. 

Ianya satu usaha mencabar yang telah dipikul dengan jayanya oleh bapa-bapa pengasas negara melalui Parti Perikatan dan diteruskan hari ini oleh Parti Barisan Nasional yang mempelopori konsep perkongsian kuasa antara kaum di negara ini.

Sebagai sebuah negara majmuk yang mempunyai kepelbagaian kaum, agama, bahasa, status ekonomi dan budaya, pemupukan perpaduan nasional sewajibnya dijadikan keutamaan dan iltizam semua pihak. Pengukuhan perpaduan nasional bukannya semata-mata tugas kerajaan sahaja ia juga tugas semua pihak termasuk pembangkang oleh itu marilah kita sama-sama tunaikannya.

7 Julai, 2014


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top