Nuffnang

Saya Nampak Seorang Lelaki Melambai Sebelum Tenggelam Dalam Sungai - Penumpang Bot



KAPIT : 31 Mei - Seorang daripada penumpang yang selamat dalam kejadian bot karam di Sungai Rajang, Selasa lepas, berkata beliau melihat seorang lelaki melambai ke arahnya untuk meminta bantuan sebelum hilang ke dalam sungai itu.

Anthony Aga Intai, 20, berkata beliau tidak boleh berbuat apa-apa untuk membantu lelaki berkenaan kerana kedudukan mereka agak jauh dan dipisahkan oleh arus deras.



Orang ramai dan waris mangsa bot karam berkumpul di tebing sungai untuk mengikuti perkembangan terkini usaha mencari mangsa yang hilang, semalam.


Menceritakan semula pengalaman menakutkan yang dialaminya, Anthony berkata beliau duduk di atas bumbung bot ekspres dan tercampak daripada bot itu apabila ia melanggar batu.

Ketika berada di dalam sungai, beliau sempat berpaut pada kayu balak yang hanyut disungai itu dan dapat menarik beberapa lagi penumpang lain untuk bergantung pada kayu itu.

"Pada masa itulah saya nampak dari jauh seseorang melambai seperti dalam kesusahan tetapi selepas itu dia hilang dalam sungai," katanya ketika melapor diri di ibu pejabat polis daerah di sini.

Anthony berkata kira-kira 20 penumpang lain yang terselamat berpaut kepada kayu balak itu.

"Selepas kira-kira 15 minit berpaut pada kayu itu baru kami tiba di tebing sungai dan kami kemudian dibantu oleh penduduk dari rumah panjang berhampiran, Uma Tevok," katanya.

Mengikut rekod polis, sehingga kini seramai 192 penumpang selamat dalam kejadian itu, seorang mati dan empat masih hilang.


-- BERNAMA
Share this article

1 Komen:

  1. Tak ada penguasaan undang2 - peraturan setebal Al-Quran pun tak boleh halang kejadian2 macam ni boleh berlaku. Inilah akibat sikap pemalas dan goyang kaki kakitangan awam...makan gaji buta.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top