Nuffnang

PAT - Pasukan Keselamatan Sentiasa Pantau Kawasan Terlibat Pencerobohan Di Sabah

"Pihak perisikan kita sentiasa memantau keseluruhan kawasan berkenaan dan pasukan keselamatan akan memaklumkan kepada penduduk setempat jika berlaku sebarang ancaman," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai khabar angin bahawa terdapat kumpulan pengganas Kiram akan memasuki Sabah melalui Sandakan dan beberapa kawasan lain bulan depan.

Pasukan keselamatan sentiasa memantau kawasan persisir pantai timur Sabah yang terlibat dalam kejadian pencerobohan pengganas dari selatan Filipina Febuari lepas bagi memastikan ia bebas daripada sebarang ancaman.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkefli Mohd Zin berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan di kawasan itu.





Zulkefli ditemui pada majlis penutup 'Summer Camp 2 - Program Remaja Berwawasan Peringkat Nasional' di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini. Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Sehubungan itu, Zulkefli meminta penduduk di kawasan berkenaan supaya tidak mendengar khabar angin itu sebaliknya mendapatkan maklumat yang tepat daripada pihak berkuasa.

"Jadi, yakinlah bahawa jika ancaman itu akan timbul, kami akan tahu...jadi tak perlu bimbang. Kami pantau khabar angin itu dan setakat ini tidak nampak kesahihannya," katanya.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Zulkefli berkata program seumpama itu akan membentuk pelajar menjadi insan cemerlang serta berguna kepada negara dan masyarakat.

Seramai 1,149 pelajar lelaki tingkatan dua hingga lima dari 41 sekolah menengah di Johor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Selangor menyertai program lima hari itu yang dijalankan tiga agensi utama iaitu ATM, PDRM dan Kementerian Pelajaran.


-- BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top