Nuffnang

Petisyen PRU13 Perlu Selesai Dalam Enam Bulan - Ketua Hakim Negara

Semua hakim yang mendengar petisyen berhubung keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) perlu menyelesaikan kes dalam tempoh enam bulan dari tarikh difailkan, kata Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria Isnin.

Beliau berkata ini bagi mempastikan proses menetapkan keputusan setiap petisyen dikemukakan parti politik yang bertanding pada PRU13 itu tidak terlewat dan mengikut undang-undang ditetapkan.




"Selepas hakim pilihan raya (hakim yang mendengar petisyen) membuat keputusan, pihak yang terlibat akan membuat rayuan pula ke Mahkamah Persekutuan.

"Ia ambil masa juga sebab kita mempunyai tempoh enam bulan untuk selesaikan...kalau semua berjalan mengikut tempoh yang ditetapkan petisyen mengenai pilihan raya boleh diselesaikan dalam tempoh setahun," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Kuantan di Bandar Indera Mahkota, di sini oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Turut hadir Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjun, dan Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk Seri Mariana Yahya.

Arifin bagaimanapun yakin semua petisyen pilihan raya dapat diselesaikan mahkamah mengikut tempoh ditetapkan.

"Setakat ini semua petisyen dapat kita selesaikan mengikut tempoh yang ditetapkan, jadi InsyaAllah kali ini hal sama akan berlaku," katanya.

Kepada satu soalan, beliau berkata setakat ini mahkamah masih belum menerima sebarang petisyen dari mana-mana pihak.

-- BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top