Nuffnang

PELAJAR CEMAR IMEJ NEGARA DI LUAR DIKESAN!!! - IMEGRESEN



Halang masuk ke dalam negara antara tiga hingga lima tahun. 


Jabatan Imigresen sedang mengesan rakyat Malaysia di luarnegara termasuk pelajar yang cuba menggulingkan kerajaandan menjatuhkan imej negara.

Ketua Pengarahnya, Datuk Alias Ahmad, berkata pihaknya tidak teragak-agak bertindak tegas termasuk melarang mereka daripada memasuki negara ini bagi tempoh antara tiga hingga lima tahun mengikut Seksyen 8 Akta Imigresen 1959/1963.

“Rakyat Malaysia yang melanggar undang-undang dan memalukan negara boleh disenarai hitam, pasport merekaboleh dibatalkan antara tiga hingga lima tahun. Kami sedang menunggu laporan Wisma Putra berhubung rakyat kitayang melakukan perbuatan sedemikian di luar negara. 


Rakyat asing boleh diusir 

“Bagi rakyat asing di Malaysia yang melakukan tindakan menyalahi undang-undang dengan menyertai sebarangaktiviti menjatuhkan imej negara ini pula, mereka boleh diusir ke negara asal selain disenarai hitam sehingga limatahun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada BH ketika mengulas tindakan segelintir pelajar Malaysia di luar negara yangmelakukan demonstrasi, mempamer bendera Malaysia secara terbalik dan menyiarkan kenyataan berbaur hasutanuntuk menggulingkan kerajaan menerusi laman sosial.


Mungkin dipengaruhi

Alias berkata, keghairahan sesetengah rakyat Malaysia bertindak sedemikian mungkin kerana dipengaruhi pihaktertentu yang cuba mendapat perhatian dengan mendakwa berlaku penipuan dan penyelewengan ketika proses PilihanRaya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu.

Akhbar baru-baru ini melaporkan sekumpulan rakyat Malaysia yang menetap di London, didakwa memburukkannama negara selepas mengadakan demonstrasi jalanan membantah keputusan PRU-13 di beberapa lokasi di bandarraya berkenaan.

BH juga difahamkan, seorang pelajar Malaysia dikenali Venus Cheng yang dipercayai menuntut di Sydney, Australiamenyiarkan kenyataan berbaur hasutan membunuh pemimpin dan bekas pemimpin negara yang dimuatkan dalamFacebook miliknya, semalam.

- BERITA HARIAN
Share this article

1 Komen:

  1. kalau kesan je lepas tu bgtau suratkhabar tapi lepas tu simpan dlm kotak sampai kiamat nak buat apa??? buat la apa yg org nak tengok, bukan apa org baca kat paper je. jgn jadi anwar ibrahim, ckp byk tapi penipu besar...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top