Nuffnang

CUBAAN MEREMPUH POLIS, SUSPEK KES SAMUN DITAHAN

KANGAR - Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam kes samun berkawan di Bukit Keteri selepas melepaskan tiga das tembakan ke arah kenderaan yang dipandu suspek di kawasan Kuala Perlis, Ahad lepas.



Anggota forensik melakukan siasatan ke atas kereta suspek kes samun yang terbabas dan ditinggalkan di Jalan Bukit Tok Poh.


Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Perlis, Deputi Superintendan Teoh Paik Leng berkata, lelaki berusia 33 tahun itu ditahan selepas kereta yang dipandunya itu terbabas di tepi jalan Bukit Tok Poh.

“Polis sebelum itu terpaksa melepaskan tiga das tembakan ke arah tayar kereta lelaki terbabit apabila dia cuba melanggar seorang anggota polis yang cuba menahannya,” katanya.

Beliau berkata, polis berjaya menjejaki suspek pada jam 11.10 pagi hasil maklumat awam.

Lelaki itu kini direman sehingga 2 Jun.

Katanya, polis kini mencari seorang lagi lelaki yang dikenali sebagai Choong Hooi Lean, 29, beralamat terakhir Taman Utara Jaya, Kuala Perlis untuk membantu siasatan kes samun itu.



Choong Hooi Lean


Dalam kejadian pada jam 7.05 petang Sabtu lepas, dua lelaki dilaporkan melarikan wang tunai RM3,000 dan dua telefon bimbit bernilai RM500 dari sebuah kedai menjual telefon di Bukit Keteri, Padang Besar.

Dua lelaki terbabit menggunakan kayu untuk menyerang dua mangsa di premis itu menyebabkan peniaga kedai telefon berusia 35 tahun cedera di kepala dan menerima lima jahitan manakala pembantu kedai berusia 17 tahun
menerima tujuh jahitan di belakang kepala. - Bernama
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top