Nuffnang

Kenyataan Terbaru PDRM Krisis DI Lahad Datu!!

Dah bermacam-macam ceriter yang keluar di media sosial ni. BB pun dah tak dapat nak pastikan mana satu yang sahih dan sebaliknya.

So, untuk jalan selamat dan tidak mengeruhkan keadaan, BB Kongsi kenyataan terkini daripada laman rasmi PDRM.





Kota Kinabalu, 1 Mac - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menasihatkan semua pihak supaya bertenang dan tidak sesekali percaya kepada khabar angin dan sumber berita tidak sahih disebarkan menerusi media sosial berkaitan insiden serangan kumpulan penceroboh bersenjata terhadap anggota keselamatan negara di Kampung Tanduo, Lahad Datu. 


Musa yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri berkata apa yang lebih penting pada masa kini ialah jangan ada pihak yang mengambil kesempatan dengan menyebarkan khabar angin dengan tujuan untuk memburukkan lagi keadaan. 

"Pihak berkuasa akan memberikan maklumat terperinci berkaitan insiden ini dari semasa ke semasa," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Musa yang mewakili kerajaan negeri dan seluruh rakyat Sabah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga anggota pasukan keselamatan yang terkorban dalam insiden serangan penceroboh itu terhadap anggota keselamatan negara. 

"Sesungguhnya kita berasa amat sedih dan bersimpati serta amat menghargai jasa dan pengorbanan anggota pasukan keselamatan kita dalam mempertahankan kedaulatan negara," katanya. 

Musa berkata pihak berkuasa keselamatan sedang menangani krisis tersebut. "Pihak keselamatan berupaya dan mampu untuk menghadapi sebarang kemungkinan," katanya. - BERNAMA
read more...

TERKINI DARI MASA KE SEMASA - PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU 01-03-2013


7.35 Petang

Al - Fatihah. Adalah dimaklumkan bahawa jenazah kedua-dua pegawai polis yang terkorban di Lahad Datu dijangka tiba seperti berikut:

Tarikh: 01 Mac 2013
Masa: 11.30 malam
Tempat: Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang


5.45 Petang

Krisis Lahad Datu-KPL Azman Ampong yang cedera Parah Di Khabar kan baru sahaja meninggal sebentar tadi. Menjadikan 3 Anggota Keselamatan Negara Terkorban


5.35 Petang


7 Anggota Keselamatan Cedera Parah Di Hospital Lahad Datu

Lahad Datu Diistiharkan Darurat!!!!!

Akhirnya PDRM telah membuat penafian akan perintah ini!!!






5.00 Petang


Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina (DPA) Raul Hernandez berkata pencerobohan sekumpulan pengikut sultan Sulu di Sabah sudah tamat, lapor akhbar The Philippine Inquirer.

Hernandez memberitahu satu sidang akhbar bahawa duta Malaysia Mohammad Zamri Mohammad Kassim bertemu dengan Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Albert Del Rosario di Jabatan Hal Ehwal Luar (DFA) untuk memaklumkanbahawa pihak berkuasa Malaysia telah menyerang kampung tempat kumpulan penceroboh Sulu itu berkubu.

Memetik laporan yang diberikan oleh duta Malaysia, Hernandez berkata 10 pengikut sultan Sulu telah menyerahkan dari.

Beliau juga berkata tiga orang terbunuh – dua anggota polis Malaysia dan pemilik rumah di mana adik sultan, Azzimudie Kiram tinggal.

Hernandez berkata DFA sedang mengesahkan dakwaan sultan Sulu di Manila bahawa 10 pengikut terbunuh dalam kejadian tersebut.

Sementara itu BERNAMA melaporkan, polis akan mengadakan sidang media di Lahad Datu kira-kira 5 petang ini berhubung operasi pasukan keselamatan terhadap kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah.

Sehingga kini dilaporkan dua komando polis terkorban dalam serangan mortar oleh kumpulan Filipina itu manakala dua lagi cedera.

Wartawan telah diarahkan keluar dari lokasi kejadian atas sebab keselamatan.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Ramli Mohamed Yoosuf memberitahu Bernama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar telahpun berada di Sabah.



4.20 Petang

MP PKR Batu Tian Chua kata ini semua sandiwara dan drama BN.


4.15 Petang

Kerajaan Filipina akan bekerjasama dengan Kerajaan Malaysia untuk menyiasat Siapa Dalang "Lahad Datu Standoff"


3.58 Petang

Media Filipina Lapor Krisis Lahad Datu sudah diselesaikan oleh Pasukan Keselamatan Malaysia


3.00 Petang

Sedih, pilu, hiba apabila mendengar khabar terkini dari Lahad Datu, Sabah. Perasaan sebak menusuk perasaan tatkala mendapat khabar sedih ini.


AL-FATIHAH.......



“ALFATIHAH KEPADAG/17984 skuad 2/2006″ INSP ZULKIFLI MAMAT DAN SJN SABARUDIN DR UNIT 69 KOMANDO YG TELAH TERKORBAN SEMASA PERTEMPURAN DI LAHAD DATU. G/17984 skuad 2/2006″

Anggota yang meninggal dunia diserang mengunakan Mortar ketika sedang berkawal disalah satu pos di sekitar kawasan yang ditawan penceroboh.



Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina hari ini.

Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.


“Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut,” katanya yang terpaksa keluar dari kawasan

Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.

Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.

Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut.


Sekurang-kurangnya lima pengikut Sultan Sulu dipercayai terbunuh dalam insiden berbalas tembakan di Kampung Tanduo,di sini awal pagi Jumaat.

Sehingga pukul 12.45 tengah hari Jumaat, penduduk kampung berkata mereka masih lagi terdengar bunyi tembakan.

Tembakan didengari di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah hari ini yang menjadi tempat kumpulan penceroboh selatan Filipina berkampung.

Ia berikutan tindakan pihak keselamatan Malaysia memasuki kawasan itu dipercayai untuk memulakan operasi menahan mereka setelah beberapa siri rundingan gagal dan tempoh pengusiran berakhir.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan berlaku insiden tembakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu tetapi menegaskan bahawa pasukan keselamatan Malaysia tidak melepaskan tembakan.

“Saya mengesahkan pasukan keselamatan kita tidak melepaskan walau satu das tembakan pun, sebaliknya ditembak pada 10 pagi ini!” katanya dalam mesej tweet tanpa menyebut sama ada operasi dijalankan untuk menahan penceroboh bersenjata itu.

Sementara itu, Hishammuddin memberitahu sidang media di sini bahawa Malaysia telah memberi tempoh sewajarnya untuk mengusir kira-kira 150 penceroboh itu supaya berundur dan pulang ke tanah air mereka.

Malah, beliau berkata Malaysia sudah banyak berlembut dengan memberi ruang secukupnya dalam beberapa siri rundingan dan kaedah diplomasi.

“Saya mengingatkan kumpulan penceroboh yang memasuki negara ini agar tidak menuduh Malaysia tidak beri waktu dan ruang secukupnya kepada mereka untuk berundur dari negara ini.

“Malaysia sudah banyak berlembut dengan cara rundingan dan diplomasi,” katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan Pergerakan Pemuda Malaysia Palestin di Jabatan Pertahanan Awam.

Menurut sumber pasukan keselamatan, operasi menahan penceroboh itu dipercayai dijalankan secara bersepadu melibatkan pasukan polis dan tentera termasuk Pasukan Gerakan Am, pasukan Komando 69 dan polis marin.

Keadaan di pekan Lahad Datu tegang dengan banyak premis kedai ditutup manakala penduduk pula tidak keluar dari kediaman masing-masing.

Pasukan keselamatan mula mengepung Kampung Tanduo pada 11 Feb lepas apabila kira-kira 150 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata menaiki bot pancung menceroboh ke perairan Malaysia pada 9 Feb dan menjadikan beberapa premis termasuk rumah dan surau di kampung itu sebagai pangkalan mereka.

Kampung Tanduo yang diduduki kumpulan itu terletak di kawasan terpencil, kira-kira 130 kilometer dari Lahad Datu.

Kumpulan itu yang didakwa diketuai Agbimuddin Kiram mendakwa mereka adalah tentera ‘Raja Sulu’ dan menuntut Malaysia mengiktiraf Sabah sebagai milik Kesultanan Sulu.

Sejak itu, Malaysia mengadakan beberapa siri rundingan dan menetapkan 22 Februari lepas sebagai tarikh akhir untuk pengusiran mereka.

Bagaimanapun Malaysia melanjutkan lagi tempoh pengusiran mereka kepada 26 Februari sementara menunggu sebuah kapal tentera Filipina tiba untuk membawa kumpulan penceroboh itu pulang ke tanah air.

Isnin lepas, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata polis akan bertindak berlandaskan undang-undang negara selepas mengambil kira pelbagai faktor bagi merungkai isu pencerobohan warga Filipina itu.

Hamza menegaskan pihaknya akan menggunakan undang-undang negara untuk mendakwa mereka yang kini dalam kepungan pihak keselamatan bagi memastikan tiada yang terlepas keluar dan tiada kemasukan orang yang tidak berkenaan ke kawasan
-

read more...

SMS TERAKHIR PEJUANG WIRA NEGARA YANG GUGUR SYAHID DI LAHAD DATU





SMS Terakhir Dari Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat


Perasaan sebak masih menyelubungi diri.... Namun lihatlah ayat-ayat bersemangat dari Arwah dalam menjaga kedaulatan negara.  Al- Fatihah....
read more...

RASMI: Kenyataan Media Polis Sabah berhubung Kes Pencerobohan Di Lahad Datu


TUNGKU (Lahad Datu) – Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan dua anggota keselamatan negara manakala 12 anggota kumpulan penceroboh dari Selatan Filipina terkorban dalam pertempuran antara dua kumpulan terbabit pagi tadi.

Tiga anggota keselamatan turut disahkan tercedera dalam kejadian yang berlaku antara 20 hingga 30 minit pada jam 9.59 pagi.


BEQ6VH6CUAACqF8


Beliau juga mengesahkan kumpulan penceroboh itu melepaskan tembakan terlebih dulu ketika pihak berkuasa keselamatan sedang mengetatkan kepungan di lokasi persembunyian mereka di Kampung Tanduo.

Hamzah turut mengesahkan pihaknya merampas beberapa senjata antaranya M-16, pelancar roket, peluru dan beg pakaian.

Berhubung perintah berkurung yang dikatakan dikuatkuasakan di Lahad Datu, Hamzah mengesahkan tidak mengeluarkan arahan seumpama itu kerana keadaan adalah terkawal.

- SUMBER
read more...

Video Palsu Anggota Komando Diserang Mortar Oleh Penceroboh Bersenjata Sulu


Walaaubagaimanapun....

Sumber tidak dapat disahkan!!!!



lahad


LAHAD DATU: Jumlah individu yang maut atau cedera dalam insiden tembakan balas di antara pihak keselamatan Malaysia dan pemberontak Sulu dipercayai meningkat.


MUTAKHIR

VIDEO INI DISAHKAN VIDEO LAMA DAN DISEBARKAN OLEH CAI2 PR!!!

So, Hati-Hati.

BB dapat lihat dari satu sumber di FB telah di upload pada 17hb Februari 2013, Maknanya memang confirm video ini video lama.

Tak dapat nak print screen buat masa ini.

Tq
read more...

VIDEO SEMANGAT KEPADA WIRA-WIRA NEGARA MENGHADAPI PENCEROBOH BERSENJATA DI LAHAD DATU, SABAH











Semoga Roh Pejuang Negara Yang Terkorban Dicucuri Rahmat.... AL-Fatihah........
read more...

MUTAKHIR DARI LAHAD DATU!!!!! 1-03-2013 - Penceroboh Bersenjata Di Gempur!!!



Mutakhir!!!!! Perkembangan terkini suasana dan keadaan sekitar di Kg. Tandao, Lahad Datu, Sabah. Mohon semua rakyat malaysia, khususnya rakyat Sabah ketika ini bertenang dan tidak menerima sebarang berita atau khabar angin yang tidak pasti kesahihannya. Kepada keluarga dan sahabat-handai yang berada berdekatan, sila dengar arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Sumber 1 yang mengikuti perkembangan ini menyatakan telah berlaku tembakan di kawasan itu antara tentera kerajaan Sulu dengan tentera Malaysia di Lahad Datu.


Bagaimanapun ia tidak diketahui anggota dari pihak mana yang terbunuh dalam kejadian tersebut.


Akhbar Philippine Star melaporkan bahawa pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan ke atas kubu pihak penceroboh tersebut hari ini.



Akhbar itu memetik laporan radio yang menemubual beberapa saudara-mara Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram, termasuk adiknya Azzimudie Kiram yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu, sebagai berkata terdapat beberapa kematian dalam kejadian tersebut.



Panggilan telefon itu walaubagaimanapun terputus.


Adik Sultan Sulu, Jamalul Kiram III iaitu Raja Muda Agbimuddin Kiram mendakwa pasukan keselamatan Malaysia pada Jumaat mula melepaskan tembakan ke arah kumpulan bersenjata dari Filipina yang menceroboh masuk ke sebuah kampung di Sabah.



Dalam satu temu bual bersama radio dzBB kira-kira pukul 10 pagi Jumaat, Agbimuddin Kiram yang juga ketua kumpulan tersebut berkata, mereka telah ditembak dan terpaksa mempertahankan diri.




“Biglang pumasok sa amin (Mereka datang dengan tiba-tiba), kami perlu mempertahanakan diri sendiri,” kata Raja Muda Agbimuddin Kiram.




Ketika ditanya masa pasukan keselamatan Malaysia bertindak, dia berkata: “Oras na ito (pada waktu ini).”



Bunyi tembakan kedengaran ketika temu bual itu diadakan.




Temu bual itu kemudiannya terputus.




Dalam temu bual kedua dengan stesen radio, Agbimuddin Kiram berkata, dia menerima laporan bahawa beberapa anggotanya cedera dan memberitahu mereka tidak akan ada berundur atau melakukan gencatan senjata.




“Meron na (Terdapat anggota yang cedera),” katanya dalam temu bual itu apabila ditanya jika ada anggotanya yang cedera, beberapa saat selepas temu bual pertama itu terputus.




Ketika ditanya sama ada terdapat polis Malaysia yang cedera, dia berkata:”Ewan ko (Saya tidak tahu).



Namun menurut satu lagi sumber 2 di lapangan, menafikan berlaku insiden tersebut. Apa yang berlaku ialah pasukan Keselamatan Negara kita masih bersabar, memberi ruang kepada rundingan, dan tiada tembak-menembak berlaku antara pasukan keselamatan negara dan pihak penceroboh.



Apa yang berlaku ialah, pihak penceroboh yang keadaan Panik, Kelaparan dan Bergaduh sesama mereka tidak dapat mengawal emosi masing-masing.



Terdapat di kalangan penceroboh, mula melepaskan tembakan ke udara di kawasan kedudukan mereka, menembak binatang-binatang yang boleh dijadikan makanan, dan bunyi tembakan itu bukanlah peristiwa tembak-menembak antara pasukan keselamatan negara kita dengan pihak penceroboh.

Tindakan tidak bertanggungjawab pihak pembangkang menghebahkan berita palsu tentang tembak-menembak tersebut sangat tidak bertanggungjawab kerana ianya memberi kesan negatif kepada negara dan penduduk di kawasan Lahad Datu.

Faktanya, Kedaulatan Negara kita mesti dipertahankan dan Keselamatan rakyat Malaysia mesti diberi keutamaan.

Harap rakyat Malaysia bertenang dan berhati-hati dengan berita-berita palsu dari pihak pembangkang.



BANDAR LAHAD DATU SELAMAT, TENANG DAN PASUKAN KESELAMATAN SEDANG MEMANTAU SETIAP SAAT SITUASI DI LAHAD DATU



Sumber 3 pula seperti berikut:




Hisahmmuddin bagaimanapun mengesahkan keadaan masih terkawal.


Pencerobohan di Lahad Datu sudah hampir 4 minggu berlaku melibatkan 180 anggota yang mendakwa sebagai Askar DiRaja Kesultanan Sulu.



BB : Tunggu Laporan Rasmi dari PDRM
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top