Nuffnang

SURVIVAL BAHASA IBUNDA OLEH GENERASI MUDA

ANDA kaum apa? Itu soalan lazim yang ditujukan kepada Nursyahirah Mohd. Aziz yang baru berusia 13 tahun memandangkan wajahnya yang tidak tumpah seperti gadis Asia Barat.
 
Memiliki mata besar dan hidung yang mancung, gadis yang menuntut di Sekolah Menengah Seksyen 7, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor itu rupa-rupanya berketurunan Pakistan.
 
Namun, peliknya walaupun ibu bapa Nursyahirah sememangnya berketurunan Pakistan, namun dia tidak fasih bertutur dalam bahasa ibunda mereka Punjabi atau Urdu.
 
Akui Nursyahirah, sewaktu zaman kanak-kanak dahulu penguasaan bahasa Punjabinya lebih teruk. Dia hanya faham sedikit apa yang dituturkan oleh ahli keluarganya dan langsung tidak dapat membalas bicara dalam bahasa tersebut.
 
"Bayangkan, apa yang disebut lain bunyi dan maknanya pun berbeza. Apabila itu berlaku, saya berasa malu untuk meneruskan perbualan," kata gadis itu yang akhirnya lebih senang berbahasa Melayu dengan ahli keluarga di rumah.
 
Keselesaan berbahasa Melayu dan Inggeris di sekolah mungkin telah mengehadkan kemampuan Nursyahirah menguasai bahasa Punjabi.
 
 
Pakistan celup
 
 
Sewaktu berusia 8 tahun ketika di sekolah, rakan-rakan mula melabelkannya sebagai Pakistan celup.
"Ramai kawan di sekolah yang gemar menonton filem Bollywood sehingga meminta saya menterjemahkan pelbagai jenis ayat dari bahasa Melayu ke bahasa Punjabi kepada mereka.
 
Pada kebanyakan masa, memang saya terpaksa menghampakan permintaan tersebut kerana memang saya tidak tahu banyak perkataan Punjabi. Akhirnya, label Pakistan Celup memang sangat menghantui saya," tuturnya sambil mengakui gelaran tersebut ternyata memberi kesan mendalam pada dirinya, sehingga sejak itu dia nekad untuk mula menguasai bahasa Punjabi
 
Sejak itu juga, gadis berkulit cerah itu mula menonton filem-filem Bollywood dan menjadi pencinta filem berkenaan, walaupun sebelum itu dia amat jarang menonton filem berkenaan.
 
Selain itu, dia juga akan melayari laman web yang mempunyai rangkaian panduan bahasa Punjabi kerana kaedah itu banyak membantunya menguasai dengan kebih cepat bahasa tersebut.
 
 
 
 
 
Pada masa yang sama, dia juga akan bertanya kepada ibunya mengenai perkataan-perkataan yang sukar difahami.
 
"Saya melihat langkah-langkah itu memudahkan saya untuk belajar bahasa ibunda saya, malah membuatkan saya semakin berminat dengan bahasa tersebut. Jika dahulu saya kosong, kini semakin bertambah baik," ujarnya.
 
Kemerosotan bahasa ibunda menurut bidang linguistik adalah kegagalan penutur aslinya untuk menguasai bahasa tersebut. Ia biasanya berlaku disebabkan oleh jumlah penuturnya yang makin berkurang atau perkembangan bahasa lain yang menghakis kepentingan bahasa ibunda itu.
 
Biarpun Persatuan Linguistik Amerika Syarikat menyatakan terdapat antara 6,800 hingga 6,900 jenis bahasa di dunia ini, namun globalisasi hari ini menyebabkan hanya beberapa bahasa menjadi keutamaan. Ternyata, globalisasi yang dipacu oleh kemajuan internet begitu dekat dengan generasi muda.
 
Lantaran itulah, kemerosotan penguasaan bahasa ibunda dalam kalangan generasi muda agak ketara.
 
 
Baca lagi di KOSMO
read more...

ROYALTI MINYAK : PUTRAJAYA KENA SERBU!!!

Tak Sampai 700 Yang Hadir Demonstrasi Tuntutan Royalti Minyak Kelantan

 
 
PUTRAJAYA – Demonstrasi menuntut royalti minyak Kelantan telah diadakan dihadapan Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini. Bermula pada pukul 8 Pagi, peserta demonstrasi sudah memenuhi pintu hadapan Mahkamah Persekutuan dan pergerakan mereka sentiasa dikawal oleh polis sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.
 
 
Rata-ratanya yang hadir adalah dari Kelantan. Memakai baju warna merah dengan isyarat jari ‘R’ bagi menyatakan maksud demonstrasi itu. Penulis tidak terkejut mereka menjadikan anak-anak mereka yang masih bersekolah sebagai alat untuk membenci kerajaan. Kerana mereka sudah dididik untuk bersama-sama orang tua berdemonstrasi. Contoh inilah yang menyebabkan pelajaran mereka terabai. Pendidikan entah kemana kerana perkara sia-sia.
 
 
 
 
Gambar-gambar sekitar perhimpunan tersebut boleh dilayari di Suara Generasi Baru
 
 
 
 
 
read more...

ABBY ABADI KEMBALI BERSAMA NORMAN, TERIMA MEMEY SEADANYA

Hubungan Abby Abadi & Memey Suhaiza Semakin Erat, Pergi Bercuti Sama.
 
Dan, ini kisah berkaitan Abby Abadi yang tidak menyentuh soal politik mahupun penghijrahan beliau. Ini kisah hubungan yang semakin baik dengan Memey Suhaiza.
 
Berita hubungan mereka mula erat & kukuh timbul sekitar bulan Ramadhan yang lalu apabila mereka dilihat berbuka puasa bersama dan mengeluarkan kenyataan baik-baik belaka.
 
Portal hiburan Murai melaporkan yang kedua dua mereka kini semakin akrab & buktinya mereka telah pergi bercuti bersama ke Genting Highlands pada hujung minggu lalu.
 
“Boleh dikatakan sekarang ini kami berkawan baik kerana kami sering berjumpa dan menghabiskan masa bersama anak-anak”
 
“Sejujurnya saya bersyukur dengan apa yang berlaku sekarang dan tak sangka Allah memberikan kurniaan sebegini buat kami berdua. Alhamdulillah,” ujar Memey Suhaiza.
 
 
Beberapa keping gambar Abby Abadi, Memey Suhaiza, Norman Hakim & anak anak mereka ketika bercuti di Genting Highlands hujung minggu lalu. Enjoice!
 
 
 
 
Hmm... baguslah kalau begitu. Hubungan suami isteri bisa diputuskan. Tetapi hubungan ibu dan anak merupakan satu hubungan yang "istimewa". Tiada yang dapat memisahkan hubungan ini walau apa jua rintangan yang melanda.
 
 
 
 
read more...

VIDEO OPPA GANGNAM STYLE Yang Tak Pernah Dilihat Di Malaysia

Apa citer plak ni. Hish!!! Fenomena Oppa Gangnam Style Dance semakin menjadi-jadi sekarang ni. Gua malas nak komen dah... korang tengok la sendiri.







Di bawah ni plak lagi la........ jom tengok kalau korang belia. Apa kata Presiden???

 
 
Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Bin Mohamed Rapiee

read more...

BONGKAR!!! Kos Sebenar Sewaan Jet Eksekutif Oleh Anwar

KUALA LUMPUR : Kos menyewa jet eksekutif selama dua hari untuk membawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta beberapa pemimpin pakatan pembangkang ke Labuan, Sabah pada pertengahan bulan ini adalah RM96,000 (AS$30,000).

Menurut sumber, kos tersebut meliputi semua caj termasuk bayaran juruterbang, jurutera dan perkhidmatan lain yang dikenakan Tjets Sdn. Bhd. (Tjets).
 
 
 


Difahamkan juga urusan tempahan jet berkenaan dilakukan oleh seorang individu dari Sarawak.

Sementara itu Pengerusi Tjets, Datuk Mohd. Taufik Omar ketika dihubungi Utusan Malaysia menjelaskan, beliau tiada hubungan persahabatan dengan Anwar, sebaliknya perkhidmatan pengurusan penerbangan jet eksekutif yang dinaiki oleh ketua pembangkang itu dilakukan secara profesional.

Jelasnya beliau tidak mengetahui bahawa Anwar akan menjadi penumpang jet eksklusif berkenaan apabila tempahan dibuat.

"Sehinggalah jet mahu berlepas baru saya tahu yang antara penumpang jet tersebut adalah Anwar dan rakan-rakannya. Saya orang berniaga dan menguruskan tempahan secara profesional. Saya tidak pula memeriksa siapa yang akan menjadi penumpang apabila sesuatu tempahan jet eksekutif dibuat," jelasnya.

Sebelum ini seorang penulis blog, John F. Seademon mendakwa Mohd. Taufik yang menyewakan jet tersebut kepada Anwar.
 
 
 

Kisah mengenai jet tersebut mula tercetus apabila Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua pada laman Twitternya telah memuat turun gambar jet eksekutif yang diberi nama Dassault Falcon pada 15 September lalu yang kemudian telah dipetik oleh beberapa blog antaranya http://mediawangsamaju.blogspot.com.

Selain Anwar, turut menaiki jet eksekutif berkenaan ialah Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw; Ketua Pengarah Pilihanraya Pas, Dr. Hatta Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin.

"Apabila saya melihat Anwar menjadi penumpang jet tersebut, apa yang boleh saya buat? Tidak mungkin saya meminta Anwar dan rakan-rakannya turun. Saya hanya sekadar boleh beristigfar dan tunggu apa yang akan berlaku selepas itu," Kata Mohd Taufik lagi.

Menurutnya, tidak banyak syarikat bumiputera yang terlibat dalam industri pengurusan penyediaan jet eksekutif di negara ini, oleh itu tidak adil bagi mana-mana pihak menunding jari dan menuduhnya ada kaitan dengan Anwar hanya kerana hal itu.

"Saya hanya  cari makan dan ini adalah salah satu bidang perniagaan saya. Adakah saya bersalah hanya disebabkan Anwar menjadi salah seorang penumpang dalam jet yang diuruskan oleh syarikat saya.

"Saya amat berharap penjelasan ini menceritakan perkara yang sebenarnya berlaku," katanya.
read more...

Video Penuh Shiela Amzah di Asia Wave.... Wa Salute Sama Lu...

Rasanya belum terlambat lagi gua nak ucapkan tahniah kepada Sheila Amzah di atas pencapaian yang membanggakan negara ini. Tak perlu "buka-buka", "dedah-dedah", "kepit-kepit" untuk dinobatkan sebagai pemenang.
 
 
Last but not least, terima kasih kepada Shila Amzah kerana telah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia! Bukan calang-calang beb nak berentap di pentas orang....
 
 
 


Lagu mengikut urutan persembahan :

1. Set Fire To The Rain
2. Forever Love - Leehom Wang
3. Gemilang
4. Grenade
5. 征服-那英(Singer) Zheng Fu - Na Ying(Singer)


 
 
 
read more...

VIDEO PANAS ANAK MUDA BINTULU MASA SAMBUTAN HARI MALAYSIA

SHITT...... Sape kata Bintulu Daif????? Sakit hati beb... Antara keluhan dan rungutan penduduk asal Bintulu sendiri..



Kalau nak banding Bintulu dengan KL, memang la jauh beb. Bukan setakat Bintulu, majoriti ibu negeri-ibu negeri di Semenanjung pun boleh dikatakan daif selain KL dan JB.

Berikut sekadar imbasan :


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Persoalannya di sini, apakah pengertian daif yang sebenar. Tepuk dada, tanya hati. Buka kamus atau search google cari sendiri...
 
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top