Nuffnang

BENAR KATA DAP : Pendirian PAS Melucukan!!!


Apa punya pendirian la PAS ni. Sekejap nak, sekejap tak nak. Setengah boleh dan setengah lagi tak boleh. Mengalahkan cerita tamil la pula, pusing dan berbelit-belit. Susah sangat ke nak tetapkan pendirian parti tu? Jangan kelirukan penyokong di bawah ini hanya kerana kepentingan politik masing-masing. 
DAP Selangor berkata pendirian PAS di negeri itu masih tidak jelas walaupun parti itu mengisytiharkan sokongan terhadap gesaan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man agar pembangkang melakukan genjatan senjata.

“Saya tidak ada komen mengenai PAS, kecuali bahawa masalah dalam berurusan dengan parti Islam itu adalah bahawa kita tidak tahu di mana pendiriannya,” kata Pua.

“(Oleh itu) mari kita fahami di mana pendirian mereka, dan kemudian kita akan tahu bagaimana untuk berurusan dengan mereka,” katanya.

“Jika kita tidak dapat memikirkan di mana pendirian mereka, tiada cara, atau tidak ada gunanya bercakap mengenainya atau berurusan dengan mereka,” katanya.

Pua turut mempersoalkan sama ada PAS Selangor mahu memperolehi manfaat daripada Pakatan Harapan.

“Mereka mahu mengambil pendirian tertentu tetapi pada masa yang sama mereka mahu mempunyai manfaat dalam Pakatan,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusat parti itu.

Tuan Ibrahim dan Naib Presiden PAS Iskandar Abd Samad menggesa gencatan senjata di kalangan parti-parti pembangkang dan sebaliknya menggembeleng tenaga untuk menentang Umno dan BN.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kemudian mengulangi bahawa parti Islam itu hanya akan bekerjasama dengan pihak yang mengikut acuan PAS demi menegakkan syiar Islam.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata gesaan Tuan Ibrahim adalah semata-mata pandangan peribadi dan bukan pendirian parti.

Bagaimanapun, 12 ADUN PAS dan seorang ahli parlimen di Selangor secara terbuka menyokong idea itu dan berjanji untuk menghantar surat yang ditandatangani bersama kepada kepimpinan parti.

Share this article

4 Komen:

  1. Sanggupkah lagi PAS gadai agama kepada DAPig yang tak akan sekali-kali bersetuju dengan Islam...

    BalasPadam
  2. Yg Bodoh dap sbb langgar mou yg bangang pandap sbb jd Barua kafir lawan jemaah islam.. pan cakap depa parti islam tp matlamat mendaulatkn perintah Allah xda pun. Wayang ada la... puiiik

    BalasPadam
  3. Kalau tidak mudah la nak jatuhkan umnbn. Tp mmg sekularist Takkan redo dgn islam. Dap lebih rela umnbn memerintah dari parti islam. Kalau islam memerintah Judi xdak, maksiat takdak, arak pun susah nak meniaga. Tokeh maksiat dlm dap mca gerakan serta Umno mmg takut lah

    BalasPadam
  4. boleh cium mak kau .,,,tapi x boleh setubuh dgn mak kau , dlm hidup ada yg boleh dan x boleh, guna akal

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top