Nuffnang

SUSHI KING HARAM? Sila Baca Dan Sebarkan!!!


Pendedahan yang mengejutkan oleh seorang chef yang telah bertaubat, daripada bersubahat dengan perkara yang syubahah..... Perkongsian saudari Taufik ini diharap membuka mata pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk mengambil tindakan susulan. 
Ini adalah copy paste daripada whatssapp message. Tiada tokok tambah dan edit yang dibuat.
Sushi King tak halal? 
Hari tu saya ada chatting dengan seorang bekas Chef Masakan Jepun. Kebetulan tengah present kat dia design Logo Budget saya. Beliau pernah kerja kat Suntory Japanese Cuisine,dekat Hilton Hotel Jalan Tun Ismail KL.
Chef ni pernah juga kerja kat Tokyo Restoran bangunan Amanah Capital Jalan Raja Chulan.. Restoran ni dah tutup sekarang. Juga pernah kerja kat Awana Kijal Resort, Restoran Korean New Ang Kok Kwan dan Sakana Ei. Antara benda yang beliau bocorkan kat saya adalah hampir semua hidangan sushi yang mengekalkan originality standard sushi adalah haram dimakan.
Saya yang peminat tegar Sushi King ni terperanjat setan la kan. Memang saya tahu bahawa Sushi King ni belum dapat sijil halal. Alasannya kerana terlalu banyak supplier jadi susah nak dapatkan pengesahan halal daripada semua supplier.
So saya berbaik sangkalah kat Sushi King tapi bila Chef yang dah otai dalam menyediakan kuliner Jepun sendiri yang bocorkan kebanyakan sushi ni tak halal, saya jadi tak mampu berbaik sangka lagi. Nak tahu kenapa?
Ok. Kata chef ni :
* Pertama : Nasi kepal Sushi King rasa masam-masam sikit kan? Sebenarnya nasi tu, bila dah masak, mereka akan gaul sedikit cuka dan mirin (4% alkohol)
* Kedua : Belut (unagi) tu pula dimasak dgn soya sos + sake (40% alkohol)
* Ketiga : Lagi malang sekiranya makan kat restoran yang betul-betul punya asli makanan Jepun ni.. Lepas makan mereka hidang pencuci mulut, agar2 dan buah. Agar2 tu dicampur dengan jus oren wisky.
* Keempat : Saya tanya Chef ni. Betul ke terjadi pembaziran air masa nak buat nasi sushi ni. Beliau bagitahu beras California memang kena running water semalaman sebab beras tu sticky. Dia bagitahu lagi, babi mereka tak guna tapi mereka banyak guna arak dalam penyediaan makanan mereka. Chef ni pernah cuba tukar resipi menggunakan bahan yang halal 100% tapi katanya banyak customer yang merungut sebab rasanya tak sama dengan sushi yang asli.
Alhamdulillah Chef ni dah taubat dan dah berhenti jadi Chef makanan Jepun. Beliau tak sanggup dah bersubahat dengan owner restoran untuk buat menu haram ni.
P/s : Ini bukan cerita rekaan. Saya Taufiq Razif bertanggungjawab dengan post ini. Minta tolong sangat-sangat viralkan supaya banyak orang Islam terselamat drp sushi yang tidak halal.
3 July 2016 (SUMBER) 
Kepada peminat Sushi King, fikir-fikirkanlah. Andai anda was-was atas kehalalannya, maka tinggalkanlah.

عَنْ أَبِـيْ مُحَمَّدٍ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيِّ بْنِ أَبِيْ طَالِبٍ، سِبْطِ رَسُوْلِ اللهِ وَرَيْحَانَتِهِ قَالَ : حَفِظْتُ مِنْ رَسُوْلِ اللهِ :(( دَعْ مَا يَرِيْبُكَ إِلَى مَا لاَ يَرِيْبُكَ)). رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ وَالنَّسَائِيُّ، وَقَالَ التِّرْمِذِيُّ : حَدِيْثٌ حَسَنٌ صَحِيْحٌ.

Dari Abu Muhammad al-Hasan bin ‘Ali bin Abi Thalib, cucu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan kesayangannya Radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata: “Aku telah hafal dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam : ‘Tinggalkan apa yang meragukanmu kepada apa yang tidak meragukanmu’.” [Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan an-Nasâ`i. At-Tirmidzi berkata,“Hadits hasan shahîh].

Wallahu 'alam...
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top