Nuffnang

JUARAI MOTO3 : Khairul Idham "Super Kips 89" Raja Litar Basah!!!



Khairul Idham Pawi sekali lagi mengharumkan nama negara apabila menjuarai perlumbaan Moto3 Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) di Grand Prix Jerman di Litar Sachsenring, hari ini.
Ia adalah kemenangan kedua musim ini untuk Super KIP yang mewakili Honda Team Asia itu selepas memenangi perlumbaan di GP Argentina pada April lalu.


Sama seperti perlumbaan di Argentina yang berlangsung dalam litar basah, Khairul Idham sekali lagi membuktikan kepakarannya untuk tenang menjuarai perlumbaan di Jerman itu.

Walaupun bermula pada petak ke-20, ia tidak menghalangnya menguasai perlumbaan sejak peringkat awal perlumbaan.

Dia berjaya menjarakkan diri dengan pelumba lain walaupun keadaan litar yang basah dan melintasi garisan penamat secara solo.


Pelumba berusia 17 tahun itu mencatatkan masa 47 minit 07.763 saat menamatkan perlumbaan sebanyak 27 pusingan dengan pelumba Leapord Racing, Enea Andrea Locatelli dan Bastianini dari Gresini Racing Moto3 masing-masing meraih kedudukan kedua dan ketiga.

Seorang lagi pelumba negara, Adam Norrodin yang beraksi untuk Drive M7 SIC gagal menamatkan perlumbaan apabila terjatuh selepas mengharungi 10 pusingan.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top