Nuffnang

"KONSERT NERAKA" : Azwan Ali Sokong PAS, Tempelak Azmin?


Siapa tak kenal Azwan Ali. Apa sahaja yang keluar dari mulut dia biasanya memang berapi atau "puaka". Panas dan pedas!!! Selebriti kontroversi, Azwan Ali menyokong tindakan Pas membantah konsert oleh artis terkenal antarabangsa Selena Gomez dan menyifatkan konsert tersebut sebagai ‘Konsert Neraka’.

Dalam muat turun gambar di akaun Instagram miliknya, beliau menyatakan tanda sokongan beliau ke atas pemuda Pas yang lantang menentang konsert tersebut.

“Hidup PAS! pemuda Pas Selangor kerana lantang menentang #KonsertNeraka Selena Gomez! Diva AA in Favour of Pas! #KASIviral” tulisnya dalam status di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, beliau juga turut memuat naik satu lagi status berkenaan isu ini yang seperti memerli Menteri Besar Selangor yang membenarkan konsert ini berlangsung di Shah Alam.


“Sapa Selena Gomez VS Islam yang kena jawab di akhirat? then ko ngaku konon no 1 Selangor? Ngaku Islam but in favour Selena Gomez? #Maklu Proved mak ko pun tak cukup agama.” tulisnya.

Selena Gomez bakal mengadakan konsertnya di Stadium tertutup Melawati Shah Alam 25 Julai ini.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top