Nak tubuh pakatan baru? Yang ada sekarang pun masih huru-hara. Lawaklah pembangkang dan pembangang yang ada ketika ini. Tidak nampak kesepakatan langsung!
Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih belum yakin dengan tujuan dan matlamat yang diberikan oleh DAP untuk mengadakan pilihan raya tergempar di Pulau Pinang.
Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kepimpinan parti itu, bagaimanapun bersedia untuk membincangkan perkara itu dengan parti-parti komponen Pakatan Harapan.
"Biro politik Keadilan telah mengadakan mesyuarat mingguan pada malam ini untuk membincangkan beberapa isu termasuk isu cadangan untuk mengadakan pilihan raya tergempar di Pulau Pinang.
"Biro politik Keadilan berpendirian bahawa kami belum diyakinkan dengan tujuan atau matlamat untuk mengadakan pilihan raya tergempar.
"Namun, pimpinan Keadilan bersedia untuk meneruskan perbincangan dengan pimpinan parti-parti komponen Pakatan Harapan mengenai isu ini," katanya kepada pemberita, selepas mesyuarat di ibu pejabat parti itu di sini, malam Selasa.
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berkata satu mesyuarat dengan pihak Pakatan Harapan akan diadakan di dalam masa terdekat tetapi ia tidak akan didedahkan kepada media.
"Kami telah berbincang tadi dan salah satu daripada perkara-perkara yang dibincangkan adalah cadangan untuk mengadakan pilihan raya tetapi kita perlukan penjelasan daripada kerajaan negeri mengenainya.
"Ini adalah satu perkara biasa. Kami tidak menolaknya, kami hanya mahu penjelasan," katanya.
Keputusan untuk mengadakan pilihan raya di negeri itu dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada malam Isnin, menurut sumber-sumber Pakatan Harapan dari Selangor.
Tiada butir-butir mengenai mesyuarat itu, tetapi difahamkan enam pemimpin DAP pergi untuk membentangkan kes kepada Dr Wan Azizah di rumahnya Bukit Segambut, Kuala Lumpur selepas mesyuarat itu.
- SUMBER
- SUMBER
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....