Nuffnang

BANGKITLAH!!! Hotel 5 Bintang Tidak Benar Pekerja Bertudung!!!

Kisah ini merupakan kisah benar yang berlaku di negara kita. SEDIH dan tak tahu nak kata apa lagi. Di mana maruah kita? Di mana bapak menteri dan penguatkuasa agama? Ikuti perkongsian dari wartawan yang tidak asing lagi Mazidul Akmal Sidik di bawah ini.

Saya didatangi pekerja hotel bertaraf lima bintang, berusia sekitar lingkungan pertengahan dua puluhan.

"Ketika mula bertugas di hotel kira-kira 5 tahun lalu, saya tidak bertudung. Kesedaran timbul dan saya kemudian cuba untuk menutup aurat. Malangnya bekerja sebagai front liner, pihak pengurusan hotel tidak membenarkan saya bertudung ketika bertugas," ujar 'Lia'.




"Larangan dibuat secara bertulis?," soal saya.

"Tidak, lisan," balasnya.

Tambah Lia, beberapa rakan sekerja juga mendepani halangan sama.

"Kami tidak berpeluang untuk menutup aurat ketika bertugas sebagai front liners. Setiap hari, sebelum pulang ke rumah, kami bertudung. Sebenarnya kami tidak faham mengapakah pihak pengurusan melarang kakitangan beragama Islam bertudung? Adakah prestasi kerja menurun sekiranya kami menutup aurat tatkala melayan pelanggan hotel? Tentunya tidak. Pelik, Islam dinobatkan sebagai agama rasmi Malaysia namun masih wujud segelintir majikan mengamalkan diskriminasi agama," ujar Lia kesal.

"Kebebasan beragama termaktub dalam perlembagaan negara," celah saya.

"Tidak di hotel tempat kami bekerja biarpun hotel itu dimiliki individu beragama Islam," balas Lia pantas.

Saya difahamkan, majoriti individu berjawatan tinggi hotel, bukan beragama Islam. Barangkali pemilik hotel itu tidak menyedari masalah menghimpit sebilangan kakitangan hotel terbabit.

Saya kemudian meminta Lia menghubungi persatuan hotel negeri dan mengemukakan perincian kes. 

Lia dan rakan hanya memenuhi tuntutan agama Islam. 

Izinkanlah.




Amat molek juga jika menteri bersuara dalam hal ini sekaligus mengeluarkan arahan tegas, melarang pemilik sebilangan hotel meneruskan diskriminasi melampau.

Datuk Seri Jamil Khir Baharom?

Kudis jangan dibiarkan, kelak bernanah.


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top