Nuffnang

Nong Chik - Masyarakat Cina Kembali Menyokong BN

KUALA LUMPUR 27 Jan - Sokongan masyarakat Cina di kawasan Parlimen Lembah Pantai terhadap kerajaan semakin meningkat berikutan keikhlasan Barisan Nasional (BN) menjaga kebajikan masyarakat itu.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, perubahan sentimen politik masyarakat Cina itu kerana mereka menyedari usaha gigih BN memastikan kebajikan kaum itu terbela dalam pelbagai aspek.

Keyakinan itu juga berdasarkan respons positif masyarakat setempat yang mahukan pemimpin turun padang dan mendengar suara mereka, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ambang Tahun Baru Cina, di sini, hari ini, lapor Bernama.

Pada majlis itu, Raja Nong Chik, yang juga Pengerusi Penyelaras BN Lembah Pantai turut menyampaikan sumbangan 'angpau' dan hamper makanan bernilai RM90,000 kepada 900 penduduk Cina Lembah Pantai yang terdiri daripada golongan Orang Kelainan Upaya, warga emas dan ibu tunggal.

Sementara itu, seorang wanita OKU, Ooi Ah Nya, 72, berkata, beliau gembira dengan sumbangan RM100 dan hamper yang disifatkannya dapat membantu meringankan beban untuk menyambut Tahun Baru Cina pada 10 Februari ini.

"Sangat terima kasih pada kerajaan, tiap-tiap tahun terima sumbangan macam ini, boleh beli barang untuk sambut raya Cina," katanya.

Turut berkongsi kegembiraan, seorang lelaki warga emas, Loke Sang Kew, 75, berkata, sumbangan itu amat bererti dalam membantu penduduk miskin sepertinya membuat persiapan meraikan Tahun Baru Cina.

"Kita orang miskin dan kerajaan banyak tolong kita, terima kasih, kami sangat gembira," katanya. 

Sumber - KL Pos

Boleh Caya ka????  Kalau betul baguih la, tp stahu gua xde beza pun.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top