Nuffnang

KAJIAN ONLINE : 68% Anak Muda Sokong Barisan Nasional, 64% Yakin BN Menang PRU13

Anak muda.... anak muda..... anak muda.... Pelbagai kajian serta analisis semakin cenderung menjadikan golongan muda sebagai skop tinjauan khususnya dalam mengenalpasti corak sokongan mereka kepada parti politik. Terbaru adalah hasil kajian yang dikeluarkan oleh UMCEDEL antaranya:

"Golongan muda akan menjadi penentu kejayaan Pakatan Rakyat (PR) ke Putrajaya, kata Pengasas Zentrum Future Studies, Prof Dr Abu Hassan Hasbullah".


Beliau berkata, meskipun tarikh Pilihan Raya Umum ke 13 belum diumumkan, namun momentum sokongan golongan muda pada masa ini lebih menyebelahi PR.

“Secara akademiknya, anak muda adalah golongan yang akan buat keputusan di saat-saat akhir, jadi pastinya penentu kemenangan bergantung kepada mereka,” 


Memang diakui kalau dilihat hebahan serta liputan yang tanpa tapisan hari ini khususnya di media sosial, kita akan bersetuju dengan kajian ini. Namun, mengikut kajian secara online yang BB buat sendiri ketika ini, peratusan anak muda yang menyokong Barisan Nasional (BN) ketika ini  mencapai 68%, PR 26% dan tidak pasti atau berkecuali 6%.





Manakala, pengunjung di BB memilih Barisan Nasional (BN) akan mengekalkan kerajaan sekarang (64%), PR akan membentuk kerajaan baru (24%) dan bakinya 12% tidak pasti parti mana yang akan memenangi PRU13 ini.


Terpulang pada pembaca sekalian, selagi PRU13 belum diadakan, keputusan belum diperolehi, pelbagai andaian dan analisi boleh dibuat.

Namun, suka diingatkan bahawa trend pengundi muda sebenarnya telah meningkat menyokong kerajaan sekiranya dilihat pada PRU12 (39%) berbanding keputusan 5 Pilihanraya Kecil (PRK) terakhir (62%).

Apa pun yang pasti, golongan muda inilah yang sebenarnya bakal menjadi penentu kemenangan mana-mana parti yang bertanding. Maka, tidak hairanlah masing-masing berlumba dengan pelbagai cara bagi memenangi hati golongan ini.


Bagi BB, Anak Muda Pasti Dapat Membezakan Antara Janji Ditepati dan Janji Di Capati.


BELIA BERSAMA BARISAN NASIONAL
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top