Nuffnang

BONGKAR!!! Akhirnya DAP Akui Perguna Tunku Aziz!!!





SHAH ALAM – Tindakan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendedahkan kepada umum yang beliau pernah diminta Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke agar memujuk Tunku Zain Al’Abidin Tuanku Muhriz menyertai parti itu disifatkan sebagai tidak berintegriti dan beretika. 


Loke yang juga Setiuasaha Pengelola DAP berkata, tindakan Tunku Abdul Aziz itu tidak menghormati perbincangan yang bersifat peribadi dan sepatutnya ia tidak diungkit balik demi menghormati status Tunku Zain Al’Abidin.



“Saya amat kesal dengan tindakan beliau (Tunku Abdul Aziz). Perkara itu dinyatakan dalam satu perjumpaan yang tidak formal dan tertutup, sepatutnya ia bersifat peribadi. Jadi mengapa perlu nak hebah-hebahkan?


“Sepatutnya beliau perlu menghormati privasi individu tersebut kerana baginda yang dikaitkan itu bukannya orang biasa, sebaliknya orang bangsawan,” kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.



Semalam, dalam satu ceramah di Seremban, Tunku Abdul Aziz mendakwa Loke pernah meminta beliau untuk memujuk Tunku Zain Al-'Abidin, anakanda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menjadi calon parti itu dan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13.


Tunku Abdul Aziz berkata, Loke meminta beliau mengadakan satu majlis dan menjemput Tunku Zain Al-'Abidin hadir untuk menyatakan hasrat tersebut kepada baginda.


"Kerana DAP telah melihat Tunku ini seorang yang amat pintar, petah bercakap, jadi dia nak sasarlah Tunku dan suruh saya sebagai 'Tunku yang tua' barangkali boleh saya pujuk 'Tunku yang muda' ini.


"Kononnya untuk bagi Tunku jadi Menteri Besar Negeri Sembilan. Tidakkah ini satu benda yang bodoh, tak masu,'k akal. Anak jadi Menteri Besar, ayah jadi Yang Dipertuan Besar," katanya.


Tunku Abdul Aziz juga berkata, sebaik hasrat DAP itu disampaikan kepada Tunku Zain Al-'Abidin, baginda menolak permintaan itu.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top