Nuffnang

SUARA SABAH : Bezanya "Layanan" Najib Berbanding Mahathir


SEJARAH RINGKAS SABAH

Semasa Persekutuan Malaysia dibentuk pada 16/9/1963, status atau taraf Persekutuan Tanah Melayu (1/2/1948) dan seterusnya Tanah Melayu merdeka (31/8/1957) adalah serupa dengan North Borneo (Sabah), Sarawak, Brunei dan Singapura.

Sebelum 1963, Sabah mempunyai Yang DiPertuan Negara sendiri, matawang sendiri, jata negara sendiri, bahasa utama sendiri dan sistem perundangan dan sistem pentadbiran yang digunakan adalah sistem British serupa dengan di Tanah Melayu juga.

Rakyat Sabah sebelum tahun 1963, menyambut Hari Keputeraan Queen Elizabeth setiap tahun. Mereka berarak di bandar-bandar sambil mengibarkan bendera Union Jack dan menyanyikan lagu selamatkan baginda Queen.

Namun begitu, perubahan besar berlaku pada tahun 1963 apabila ketua-ketua kerajaan Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu bersetuju untuk sama-sama membentuk Persekutuan Malaysia. Bukan 'menyertai' Malaysia kerana Malaysia belum wujud sebelum 1963.

Semasa pertemuan dan mesyuarat beberapa kali sebelum bersetuju, pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak mengemukakan beberapa tuntutan antara lainnya dikenali Perkara 20 bagi Sabah dan Perkara 18 bagi Sarawak. Singapura pula lebih kepada menuntut bajet pembangunan. Dalam memoir Lee Kuan Yew, beliau telah mendesak Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman membawa bajet untuk Sabah dan Sarawak pada Rancangan Malaysia Pertama ke Singapura.

ERA TUN M vs ERA DS NAJIB

Lama selepas era Tun Dr. Mahathir, barulah perhatian diberikan kepada Sabah dan Sarawak. Itu pun kerana UMNO dan BN tewas besar di Semenanjung Malaysia semasa PRU12 (2008). Dalam buku SH Alatas, beliau menunjukkan Tun Dr. Mahathir tidak pun memerlukan undi Sabah semasa UMNO dan BN kuat, kerana ketika era 1980an dan 1990an, Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri dari Sabah dan Sarawak boleh dikira dengan jari. Menteri-menteri Kanan dan penting tidak pernah diberikan kepada Sabah dan Sarawak pada zaman Tun Dr. Mahathir.

Ketika era Pak Lah dan DS Najib, Sabah dan Sarawak diberi peluang yang banyak dalam Kabinet. Dan terbukti, Sabahan dan Sarawakian boleh membantu Kerajaan dan Negara dengan lebih baik. Sebagai contoh, Menteri Luar DS Anifah Aman kelihatan leih berkesan berbanding Menteri-Menteri Luar era Tun Dr. Mahathir. Datuk Nancy Syukri (Menteri Undang-Undang) dan DS Rohani Abdul Karim nampak lebih berkesan berbanding Menteri-Menteri wanita era Tun Dr. Mahathir. Di zaman Tun Dr. Mahathir hanya TS Rafidah Aziz sahaja nampak ke hadapan.

Begitu juga jawatan-jawatan penting dalam kerajaan ketika era Tun Dr Mahathir, rakyat Sabah dan Sarawak kurang diberi peluang. Namun begitu, ketika era Pak Lah dan DS Najib, pegawai-pegawai kerajaan kelahiran Sabah dan Sarawak telah diberi peluang memegang jawatan-jawatan tertinggi dalam kerajaan seperti KSU, TKSU, KP, Pengarah-Pengarah dan pegawai-pegawai kanan kerajaan. Mereka membuktikan boleh menjalankan tugas dengan baik dan berkesan. Bermakna, Perkara 20 semakin dipenuhi ketika era Pak Lah dan DS Najib. DS Najib dan Pak Lah lebih memahami semangat Perkara 20 berbanding Perdana Menteri sebelumnya.

Malah, ketika era Tun M memerintah, tidak ada sesiapa yang boleh bercakap mengenai Perjanjian Malaysia 1963, anda akan ditangkap dan diISAkan sebagaimana dialami Datuk Dr. Jefrey Kitingan. Rakyat berada di dalam ketakutan untuk bersuara. Sebaliknya ketika era DS Najib, mesyuarat berkala diadakan di antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri untuk membincangkan hak-hak Sabah dan Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Dalam buku 100 mukasurat 'Bina Semula Negara' oleh Rafizi dan Eric, mereka tidak ada menyebut akan hak-hak keistimewaan Sabah dan Sarawak jika berjaya menawan Putrajaya. Ini bermaksud mereka sebenarnya mahu "Binasakan Semula Negara", di mana nasib dan masa hadapan rakyat Sabah dan Sarawak jika Pakatan Harapan memerintah barangkali akan kembali seperti dahulu, iaitu tidak diberi peluang dan dianaktirikan, kerana Pengerusi PH adalah orang yang sama.

Selamat Membaca.

Rujukan:

Perjanjian Malaysia 1963.
Buku Memoir Lee Kuan Yew.
Buku Syed Hussin Alatas.
Buku 'Bina Semula Negara'

SUMBER
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top