
AWAS!!! Elak Diperdaya Sindiket "Polis Trafik Palsu"

Orang ramai diminta berwaspada terhadap sindiket penipuan yang menyalahgunakan hotline polis trafik Kuala Lumpur untuk menyamar sebagai polis trafik meminta mangsa memasukkan wang ke akaun bank tertentu bagi tujuan pembayaran saman.
Ketua Trafik Kuala Lumpur, ACP Nadzri Hussain dipetik Oriental Daily berkata, pihaknya memulakan siasatan selepas menerima aduan hotline 03-20719999 dijadikan alat penipuan.
“Polis trafik tidak akan menelefon pengadu selepas menerima laporan kemalangan. Kami perlu tunggu 24 jam selepas pihak ke-2 terbabit kemalangan itu tidak tampil, baru polis trafik akan menghubungi pengadu dan meminta mereka membantu siasatan.”
Katanya, selain kos membuat salinan laporan polis, polis tidak akan meminta orang ramai membayar kos tambahan atau perkhidmatan lain.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai menghubungi polis untuk mendapatkan pengesahan dan tidak menurut permintaan penipu memasukkan wang ke akaun bank tertentu.
- SUMBER
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK

13 jenis serunding premium pelbagai perisa

resipi biskut semperit coklat sedap mudah boleh bu...

lirik lagu purnama aeydan

spm ke mana lebihan makanan di bazar ramadan berit...

adakah minuman zero sugar bermaksud tiada gula dan...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....