Nuffnang

PANASSS!!! Tun M Akhirnya Buat Pengakuan!!!


Mengenali Tun M, mengaku kesalahan dan kesilapan bukanlah cara dan gaya kepimpinan beliau. Terkini, Tun telah membuat pengakuan apa yang telah beliau lakukan demi "menyelamatkan" taikun² besar yang sudah tentunya kroni² beliau sendiri.


Ikuti perkongsian Tun di laman FB nya seperti di bawah ini :

KRISIS KEWANGAN

1. Saya mengaku saya terlibat dengan ciptaan pendekatan untuk mengatasi masalah kewangan pada 1997- 1998.

2. Ya, memang pun cara kita selesaikan krisis menolong taikun di Malaysia.

3. Memanglah baik jika kita tidak menolong taikun dan biarkan mereka dan perniagaan mereka rugi, gagal dan terpaksa ditutup.

4. Dengan ini semua kakitangan mereka (yang kaya dan tidak kaya) akan menganggur. Eksport kita akan menurun dan tidak akan ada pengaliran wang asing ke dalam negara kita.

5. Kerajaan pula akan hilang cukai korporat dan cukai pendapatan kerana sebahagian besar cukai dibayar oleh taikun. Sebahagian besar dari dana Kerajaan akan hilang. Operasi dan pembangunan negara tidak dapat diteruskan. Segala infrastruktur tidak dapat dibangunkan.

6. Dalam keadaan kehilangan cukai keatas taikun kitaterpaksa mengenakan cukai kepada yang bukan ditakrif sebagai taikun. Setelah membayar cukai oleh bukan taikun, mereka akan masuk dalam golongan mereka yang miskin.

7. Pada satu masa 70 tahun dahulu taikun dibunuh dan harta mereka dirampas di beberapa buah negara. Semua perniagaan dan perusahaan diambil oleh pemerintah dengan harapan 100% dari keuntungan akan diperolehi oleh Kerajaan.

8. Jika kita hendak kita boleh halau keluar semua taikun ini. Jangan tolong mereka. Biar mereka bankrap. Kita akan tolong yang bukan taikun sahaja.

9. Tetapi dengan apakah yang kita hendak tolong bukan taikun ini selepas semua taikun tidak dapat bayar cukai.

10. Itu soalannya?

11. Saya minta maaf kerana tindakan saya mengatasi krisis kewangan 1997-1998 menguntung taikun.

http://chedet.cc/?p=2982
29 Okt 2019
Share this article

2 Komen:

  1. Dah nak buang TABIAT dah Atok ni!!!

    BalasPadam
  2. Kerana taikun adalah anak beranak dia Dan orang yang berkaitan anak beranak dia...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top