Nuffnang

ROGOL BERKUMPULAN : Seorang Penjawat Awam Ditahan!


Apabila nafsu menguasai diri, ia tidak membezakan siapa pun mereka. Seorang penjawat awam telah menyerah diri kepada polis berhubung kes seorang remaja dirogol secara berkumpulan di Pulau Tioman.

Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Muhammad Aidil Roneh Abdullah yang dipetik China Press sebagai berkata, suspek berusia 26 tahun itu menyerah diri pada jam 10.30 malam Sabtu lalu di Balai Polis Pulau Tioman, selepas diarahkan pegawai atasannya untuk berbuat demikian.

Polis telah menahan lelaki terbabit dan memohon perintah reman tiga hari untuk membantu siasatan.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan agensi kerajaan di mana suspek itu berkhidmat.

Dalam pada itu, Muhammad Aidil berkata, lima lelaki dan seorang wanita yang ditahan polis berhubung kes itu telah dibebaskan, selepas mereka menerima laporan mangsa pada 20 Mei lalu.

Tegasnya, polis sedang menunggu laporan perubatan dan kimia mangsa disiapkan dan berjanji akan menjalankan siasatan dengan adil tanpa melindungi mereka yang melakukan jenayah.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berjanji tidak akan melindungi mana-mana individu yang terbabit dalam kes itu dan mereka yang didapati melindungi penjenayah itu akan dikenakan tindakan tegas.

Khamis lalu, seorang remaja berusia 17 tahun yang ditemani bapanya membuat aduan kepada ADUN Teruntun, Sim Chong Siang dengan mendakwa minumannya telah dicampur ubat sebelum dia dirogol secara bergilir-gilir antara Mac hingga Mei lalu di jeti Pulau Tioman dengan salah seorang daripada suspek itu adalah anggota kastam.

Gadis itu kemudiannya mendakwa dirogol anak jirannya serta dirakam gambar dan video bogelnya sebelum dimuat naik ke laman media sosial.

Kelmarin, remaja itu membuat laporan polis di Kuantan buat kali kedua dengan mendakwa seorang daripada perogolnya adalah anggota kastam yang membawanya masuk ke dalam pejabat untuk diurut dan dirogol pada waktu pejabat 18 Mac lalu.
Share this article

1 Komen:

  1. gila! dari Mac sampai mei kena rogol, 90hari tu! memang barai dibuatnya.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top