Nuffnang

BIAR BETUL : 4 Rakyat Sabah Diculik Selepas 4 Dibebaskan!


Media Filipina hari ini melaporkan bahawa empat lagi rakyat Malaysia diculik di luar pantai Sabah dan dibawa ke Sulu pagi ini.

Ini selepas empat tebusan Malaysia dibebaskan oleh militan Abu Sayyaf di selatan Filipina minggu lalu.

ABC-CBN News melaporkan bahawa pengarah polis Tawi-Tawi, Joselito Salido sebagai berkata suspek membawa tebusan terbaru mereka ke pantai Sitankai, Tawi-Tawi dan kemudiannya memindahkan mereka ke Sulu.

Pusat Kawalan Tentera Filipina di Mindanao Barat mengesahkan maklumat berkenaan.

Sementara itu, portal Star Online melaporkan bahawa sumber pihak keselamatan di Sabah tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu.

Walau bagaimanapun, mereka cuba mengesahkan butiran berkenaan daripada rakan-rakan Filipina mereka.

RESPON POLIS SABAH

Polis Sabah belum mendapat pengesahan laporan kononnya empat warga Malaysia menjadi mangsa penculikan terbaru kumpulan pengganas di selatan Filipina, hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun berkata, pihak berkuasa di negeri itu belum menerima laporan berhubung dakwaan penculikan seperti yang dilaporkan beberapa media Filipina.

Bagaimanapun katanya, pihaknya sedang menunggu pengesahan pihak berkuasa Filipina berhubung kejadian itu seperti yang dilaporkan media negara itu.

“Setakat ini, polis negeri tidak menerima sebarang laporan mengenai kes penculikan oleh kumpulan pengganas di kawasan perairan Sabah,” katanya selepas majlis penyerahan sumbangan lembu dan kuih raya sempena Aidilfitri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya masih menunggu pengesahan daripada pihak berkuasa Filipina mengenai laporan media negara itu.

Beliau berkata demikian dalam catatan Twitter terbaharunya hari ini.

Empat rakyat Malaysia dari Sarawak yang diculik kumpulan militan Abu Sayyaf dari perairan Pulau Ligitan, Semporna pada 1 April lalu ketika belayar menggunakan kapal tunda dari Manila ke Sabah, selamat dibebaskan pada 8 Jun lalu.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top