Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil & Sederhana Malaysia (Ikhlas) akan mencabar peraturan negeri-negeri yang mengharamkan penjualan rokok elektronik itu di mahkamah.
Perkara itu dinyatakan oleh Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah yang memberitahu, pihaknya akan memohon tindakan injunksi terhadap negeri Kelantan dan Johor bagi menghalang tindakan dikenakan terhadap peniaga vape.
“Kita akan bawa ke mahkamah dan tuntut ganti rugi kerana memberikan tempoh yang singkat kepada peniaga vape.
“Kita juga akan pastikan peniaga dapat berniaga seperti biasa,” katanya menerusi sidang media bersama pengusaha-pengusaha Vape di Kelab Sultan Sulaiman di sini pada Jumaat.
Ridzuan menegaskan, pihaknya akan memfailkan injunksi itu minggu depan.
Pihaknya menyamakan tempoh henti jualan yang singkat kepada peniaga vape oleh negeri-negeri berkenaan kepada penindasan rejim Israel terhadap orang Islam.
“Cara mereka macam Israel. Memang kejam sangat. Logik ke, mereka dah berniaga tiga, empat tahun minta tutup dalam dua minggu atau sebulan.
“Memang zalim sangat. Lebih zalim daripada Israel. Janganlah buat macam ni. Anak-anak Melayu yang berniaga. Kalau bangsa lain buat, kita berani buat (tindakan) ke?” katanya.
Menurutnya lagi, produk vape seperti cecair nikotin adalah buatan tempatan dan telah berada di luar negara serta mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan di negara-negara yang dieksport.
“Kenapa pemimpin hari ini tidak lihat perkara ini? Asyik fikir negatif sahaja.
“Biasa pemimpin kata orang Melayu malas, orang Melayu bodoh. Hari ini orang Melayu dah berjaya di peringkat dunia nak tindas mereka pula. Cara ini betul ke?” tegasnya.
Pada 16 Disember lalu, kerajaan Pas Kelantan membuat keputusan muktamad mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape di negeri itu berkuatkuasa 1 Januari depan.
Terdahulu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah mengharamkan vape pada 1 Januari 2016.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....