Siti Nordiana Alias, 31 atau lebih dikenali dengan panggilan Nana dikhabarkan sudah mula dirisik oleh seorang ustaz.
Malah menurut nana sendiri, dia juga ada terdengar daripada kawan kawan bahawa ada ustaz yang mahu melamar dirinya namun dia menganggapnya sebagai satu gurauan.
''Kalau benar ada yang mahu melamar saya, buat masa sekarang saya takkan terima kerana mahu beri tumpuan kepada kerjaya dan anak..''
"Saya belum bersedia dan selesa dengan kehidupan sekarang dan saya selesa dengan kehidupan bersama anak tunggal Mohd Rayyan Nakhaie yang kini berusia 7 tahun."
Hampir 6 tahun hidup sendirian, Nana menunjukkan bahawa dirinya belum lagi terbuka hati untuk berkahwin semula dalam waktu terdekat. Cuma jodoh yang akan menentukan sama ada terdapat lelaki diluar sana yang mampu menambat hati wanita comel ini.
13 Disember ini merupakan final bagi Gegar Vaganza 2 dan Nana berazam untuk melakukan sebaik mungkin dan mahu membuktikan dia bukanlah 'penyanyi kampung' yang dilabel oleh sesetengah pihak.
Apapun, diharap segalanya dipermudahkan untuk Nana dan semoga kejuaraan berpihak padanya. - Big B/Utaranews.com
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....