Nuffnang

PENUMPANG MISTERI : Penerbangan Air Asia Tertangguh!!


Seorang penumpang lelaki misteri di dalam pesawat AirAsia AK5194 dari KLIA2 ke Sandakan telah menyebabkan penerbangan tersebut tertangguh selama kira-kira dua jam.



Menurut saksi, lelaki itu mula dicurigai apabila dia seringkali berpindah-pindah tempat duduk diatas pesawat terbabit.

"Saya melihat seorang lelaki duduk di kerusi 4C, kemudian dia berpindah ke 2D apabila penumpang sebenar 4C muncul," kata setiausaha MCA Sabah Datuk Chew Kok Woh yang duduk di kerusi bernombor 4D.

"Kemudian dia berpindah ke kerusi 3C dan perkara yang sama berlaku sekali lagi apabila penumpang sebenar kerusi itu tiba," kata Chew lagi.

Chew kemudian berkata lelaki tersebut kemudian berlalu dan mengambil satu bagasi.

"Kemudian, dia berjalan ke hadapan pesawat, memberitahu pramugari bahawa dia telah kehilangan dompet," kata Chew.

Menurut Chew juga, dia dan penumpang lain yang mulai curiga mengambil tindakan melaporkannya kepada pramugari.

“Saya dan penumpang lain mula berasa curiga dan melaporkannya kepada seorang pramugari," katanya.

Selepas itu, satu pengumuman dibuat supaya kesemua penumpang turun dari kapal terbang dibuat.

"Ketika itulah saya nampak pemilik sebenar bagasi datang untuk mendapatkan semula bagasinya yang telah diambil," katanya.

“Penumpang berdekatan memintanya memeriksa bagasinya itu untuk memastikan tiada barang yang telah hilang,” katanya.

Chew berkata, para penumpang hairan dengan kelakuan lelaki itu yang kemudian lesap dan tidak kelihatan lagi.

"Kami sepatutnya terbang pulang pada tengah hari tetapi kami terpaksa melalui pemeriksaan keselamatan dua kali sebelum menyambung semula penerbangan kami pada pukul 2.15 petang," katanya. - SUMBER

Persoalannya bagaimana penumpang yang tidak mempunyai kad identiti diri / IC boleh lolos ke dalam pesawat? Dan mengapa penumpang misteri tersebut boleh lesap begitu sahaja?
Share this article

2 Komen:

  1. Baru tahu Air Asia ni sebenarnya sangat longgar dalam isu2 keselamatan demi keuntungan? Aku dah lama tahu.

    BalasPadam
  2. Saya memang tak pernah guna Air Asia....kerana bila tengok youtube betapa tergediknya pramugari samapi bukak bukak baju.....Nauzubillah....kita naik kapal terbang ni umpama kita berhadapan maut...bila2 je boleh berlaku apa2 musibah....sebab itu naik kapal terbang ni seeloknya berdoa berzikir...macam Bunei Airways dan tak silap Qatar kot...pakaian pramugari pun tutup aurat...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top