Ini adalah contoh hidup bagaimana cubaan nak fitnah,akhirnya sendiri masuk lubang.Sarawak Report yang kononya tukang dedah hebat sudah ‘terkangkang’ dalam aksinya sendiri.
Kebetulan saksi episod putar belit ini ialah anak-anak muda terdiri dari para pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara.
Sarawak Report,Sabtu siar laporan ringkas mempersoalkan bagaimana isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor boleh mempengerusi satu mesyuarat yang dihadiri oleh Menteri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Shabery Cheek dan Pengarah JASA Datuk Puad Zarkashi semasa Perhimpunan Agung UMNO.
Tanpa usul periksa apa cerita sebenarnya Sarawak Report main tibai saja.
Kita faham tujuannya tidak lain tidak bukan untuk cetuskan persepsi buruk nak gambarkan kepada orangramai Rosmah campurtangan dalam pentabiran kerajaan sampai boleh pengerusikan suatu mesyuarat dihadiri menteri.
Sarawak Report mengunakan gambar majlis berkenaan yang tersiar di laman sosial dimana Rosnah duduk dikerusi tengah macam sedang pengerusikan suatu mesyuarat.
Orang yang tidak tahu hujung pangkal pasti akan terpedaya dengan mainan ini.
Cerita sebenarnya ialah gambar itu adalah dari majlis pertemuan ramah mesra isteri Perdana Menteri bersama ketua-ketua Kelab UMNO Luar Negara yakni dari seluruh United Kingdom yang hadir semasa Perhimpunan Agung UMNO.
Ia bukan mesyuarat…dan ia bukan sesuatu seperti yang cuba digambarkan oleh Sarawak Report.
Ia cuma satu pertemuan santai antara isteri Perdana Menteri dengan para pelajar itu saja.
Pertemuan itu diadakan di bilik Wilayah Persekutuan di PWTC pada jam 4.30 petang Khamis.
Kebetulan wartawan Agendadaily sendiri berada di majlis itu dan melihat tidak wujud apa-apa seperti cuba digambarkan Sarawak Report.
Kebetulan juga..semasa berbual dengan para pelajar itu,Rosmah antara lain berharap mereka bijak menilai dan tidak mudah percaya fitnah dan tomahan yang dibuat Perdana Menteri dan dirinya.
Penal Pemikir JASA,Tun Faisal Ismail Aziz yang juga hadir di majlis itu telah mengulas mengenai pembohongan Sarawak Report itu di laman facebooknya.
Katanya : Mahasiswa Malaysia Kelab UMNO Luar Negara (KULN) dapat 1st hand experience FITNAH dan PEMBOHONGAN SARAWAK REPORT.
‘Rosmah chairing meeting’? Ini andaian yang dibuat oleh SR apabila dapat gambar ini. SR olah sehingga jadi fitnah dan disebar di media sosial. Yang terima, secara pandirnya, menyebarkan pula fitnah yang berdasarkan andaian SR.
Apa cerita sebenar? Rosmah TIDAK MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT. Beliau di dalam sesi ramah mesra bersama mahasiswa KULN di salah satu bilik di Tingkat 5, PWTC pada jam 4.30 petang.
Kenapa ada Shabery Cheek? Kerana beliau Pengerusi Biro KULN. Kenapa ada Puad Zarkashi, Ketua Pengarah JASA? JASA juga ada program engagement dan ramah mesra dengan mahasiswa luar negara, termasuk KULN. Beliau juga merupakan Ahli MT dan pernah menjadi Pengerusi Kelab UMNO UK dan Eire.
Saya yakin mahasiswa KULN yang terlibat boleh nilai sendiri tahap kesahihan berita dan laporan SR sekarang. Semoga mereka dapat sebarkan penipuan SR ini kepada semua rakan mereka dan seramai mungkin rakyat Malaysia.
Bagi sesiapa yang telah menyebarkan fitnah SR ini, tahniahlah, sebab terbukti anda menjadi penyambung fitnah yang didasarkan kepada andaian SR.
- SUMBER
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....