Nuffnang

ATLET PARALIMPIAD SABAH DIABAIKAN? Khairy Jawab Kaki Fitnah!!!


Ada posting dalam media sosial semalam berkenaan atlet para (OKU) Malaysia, Felicia Mikat, yang dikatakan hanya disambut oleh keluarganya di Lapangan Terbang Antarabangsa KK.
Saya telah dapat pengesahan daripada Menteri Belia dan Sukan Sabah, YB Datuk Tawfiq Titingan bahawa pegawai sukan Sabah memang ada di lapangan terbang sebab mereka telah pun mengiringi Felicia dari KK ke KL ke Singapura sampai beliau balik semula ke KK. Gambar dibawah menjadi bukti. Ada juga gambar Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Shapawi Ismail, meraikan Felicia selepas kemenangan beliau.



Saya percaya individu yang muat naik gambar kepulangan Felicia mempunyai niat yang baik. Tetapi gambaran yang diberi seolah-olah kita tidak menghargai atlet-atlet para kita. Ini sama sekali tidak betul.

Contohnya, ramai yang tidak tahu insentif kemenangan untuk atlet para sejak dua tahun lepas sama dengan atlet biasa. Dahulu atlet para hanya dapat 30% daripada apa yang atlet biasa dapat. Tidak ada banyak negara yang mengamalkan insentif sama rata untuk atlet biasa dan para.

Saya harap lebih ramai lagi peminat sukan tanah air akan menyokong atlet para kita. Jangan bila ada posting sensasi di media sosial sahaja tiba-tiba nak ambil tahu tentang kejayaan mereka.

Selama kejohanan Sukan Para ASEAN saya sentiasa update Twitter saya tentang keputusan kontinjen kita. Ramai yang tidak peduli. Hanya sekarang nak tunjuk prihatin. Jangan lah begitu. Bagi kami yang sentiasa bersama dengan mereka perhatian rakyat sangat dihargai. Tapi jangan bermusim hanya bila ada gambar sensasi. Jangan buat tuduhan kita tidak menjaga mereka. Kalau betul-betul sokong atlet para kita, tunjukkan sokongan secara konsisten. Mereka sangat luar biasa. Mereka kebanggaan kita.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top