Nuffnang

KES BUNUH ZULKIFLI : Masyarakat Jangan Jadi Hakim, Fahami Fakta Kes


Seorang lelaki dikenali sebagai Zulkilfi yang bertindak mempertahankan rumahnya daripada dirompak dengan menikam perompak terbabit dalam satu kejadian di Terengganu, dikatakan bakal berdepan dengan hukuman gantung kerana membunuh.
Seorang peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz telah memberikan pandangannya berhubung kes berkenaan yang sedang viral di media sosial.

Menurut Mohd Khairul Azam, mempertahankan diri dan maruah keluarga merupakan satu pembelaan bermerit yang dibenarkan dalam Kanun Keseksaan meskipun berlaku kematian ketika proses mempertahankan diri.

Bagaimanapun jelas Mohd Khairul Azam, fakta berkenaan tidak boleh diselesaikan di Facebook kerana Zulkifli juga perlu menjalani proses tahanan reman, pendakwaan dan perbicaraan sehinggalah hakim yang membicarakan kes itu kelak akan memutuskan beliau tidak bersalah kerana mempertahankan diri dan keluarga dari rompakan.

“Tempoh masa perbicaraan pula boleh selesai dalam setahun. Disebabkan kes yang dituduh terhadap Zulkifli ini adalah kes bunuh, maka peguam yang akan mewakili beliau nanti adalah peguam lantikan mahkamah.

“Ini bermaksud tak perlu kita nak kumpul duit cari peguam untuk membela kerana kerajaan kita memang menyediakan peguam percuma jika tertuduh menghadapi kes yang melibatkan hukuman gantung.

“Ok selesai bab abang Zulkifli. So apa jadi dengan keluarga beliau sementara beliau melalui proses mahkamah ini? Maka inilah tanggungjawab warga negara yang prihatin utk membantu meringankan beban keluarga. Nak kutip derma kutiplah untuk bantu keluarga abang Zulkifli ni,” katanya.

Mohd Khairul Azam turut memberitahu, apa yang dilalui oleh Zulkifli ini adalah prosedur biasa dan meskipun beliau tidak bersalah, namun disebabkan membunuh itu merupakan suatu jenayah maka Zulkifli tetap perlu berdepan dengan hakim dan melalui proses bicara.

“Cuma sebab beliau mempertahankan diri dan keluarga maka mudahlah peguam yang akan mewakili beliau nanti menimbulkan keraguan yang munasabah atas kes pendakwaan dan seterusnya membebaskan abang zulkifli,” kata Mohd Khairul Azam.

Mahkamah dijangka bersidang pada 24 Januari ini.

Ramai Netizen Marah

Ramai netizen yang marah, mengkritik undang-undang yang sedia termaktub dalam perlembagaan negara yang selama ini dihormati oleh semua rakyat Malaysia.

Turut tidak terlepas menjadi mangsa ialah, kerajaan termasuk pemimpin negara serta pihak Polis yang turut menjadi “Punching Bag” didalam media sosial.

Satu page di Facebook "Selamatkan Zulkifli", memaklumkan bahawa tertuduh berusia 50 tahun dan berasal dari Kampung Labohan, Kerteh. Kejadian bermula apabila perompak yang memasuki rumahnya telah mati ditikam oleh Zulkifli dan dia kemudiannya direman di bawah seksyen 302. Apa yang dikesalkan, page yang membela Zulkifli itu telah melakukan provokasi yang agak keterlaluan dan memainkan sentimen yang tidak sepatutnya. 

Hakikatnya, Setiap kes bunuh perlu melalui prosedur yang sama tanpa ada kompromi.

Setiap kes bunuh juga dibezakan dengan pelbagai akta yang menuntut pihak pendakwaan beban pembuktian yang sangat mudah hinggalah yang paling berat.

Didalam kes Zulkifli ini,beliau dituduh membunuh perompak di kediaman beliau yang terletak di Kerteh, Kelantan.

Di Makhamah, beliau dituduh dibawah akta 302. Akta 302 adalah akta yang memerlukan beban pembuktian yang sangat berat. Misalnya, pihak pendakwaan perlu tunjukan bukti yang kukuh (berat)yang Zulkifli membunuh mangsa (perompak) dengan niat.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top