Nuffnang

HUBUNGAN ISTIMEWA? Azmin Sahkan Tun Mahathir Lebih Penting Dari Anwar?


Penyokong PKR dilaporkan tidak senang duduk dengan pengakuan timbalan presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mengaku mempunyai hubungan istimewa dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Azmin ketika menyampaikan ucapan alu-aluan sempena majlis perkahwinan anak perempuannya berkata beliau mempunyai hubungan yang sangat istimewa dengan Mahathir.

“Saya dan Tun (Dr Mahathir) mempunyai hubungan yang sangat istimewa. Semasa saya kahwin dahulu, Tun datang. Sekarang ketika anak saya kahwin, Tun juga datang.

“Pendek kata, hubungan kami sangat erat umpama air dicincang tidak akan putus,” kata Azmin pada majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), 13 Disember lalu.

Apa yang menjadi persoalan ialah, tiada langsung nama Anwar Ibrahim disebut dalam majlis tersebut. Adakah ini menjadi petunjuk jelas Azmin semakin meninggalkan "bayangan" Anwar dalam gerakan politiknya?

Tindak-tanduk Azmin kebelakangan ini juga semakin menguatkan dakwaan dan pendedahan Raja Petra (RPK) di portal Malaysia Today mengenai "pertemuan bermakna" Azmin dan Tun M di kota London.

Apakah akan berlaku "politic reforms" dalam masa terdekat melibatkan Azmin, Tun M dan sekutu-sekutu mereka seperti Shafie Afdal, TS Muhyiddin Yasin dan anak Tun sendiri, Mukhriz?
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top