Nuffnang

BANGKITLAH BANGSAKU : Penyebaran Liberalisme Oleh DAP!!!


Menjelang beberapa hari menginjak ke tahun 2016, DAP sebuah parti politik yang dituduh sesetengah pihak sebagai anti Islam tidak kebah-kebah lagi daripada memainkan politik kebencian.
Tidak cukup dengan seorang pemimpin DAP Perak yang melawan arus dan dasar luar Malaysia apabila mengkritik keputusan rasmi kerajaan untuk mengenakan beberapa sekatan sehinggakan dua ahli sukan negara haram Israel yang menjajah tanah Palestin dengan genosid terancang, menarik diri daripada menyertai satu acara sukan di Langkawi, Kedah, kononnya atas nama semangat kesukanan.

Mungkin dikaca mata DAP seperti yang ditunjukkan oleh Chong Zemin, semangat kesukanan jauh lebih penting daripada nyawa manusia? Atau mungkin juga kedudukan dua warga Israel yang dinafikan hak bersukan lebih tinggi daripada hak jutaan rakyat Palestin hidup di tanahair sendiri dengan aman dan damai jauh daripada sebarang bentuk penjajahan?

DAP dan politik DAP sememangnya pelik dan songsang, sememangnya tidak sesuai untuk Malaysia dan rakyatnya yang rata-rata membantah genosid terancang Israel di bumi Palestin.

Hari ini seorang susuk daripada badan pemikir DAP mula menamakan kononnya tiga cabaran genting yang bakal diharungi rakyat Malaysia dibawah pimpinan yang ada sekarang ini menjelang tahun 2016 nanti.

Tiga perkara yang dinukilkan oleh badan pemikir yang hidup atas wang rakyat Pulau Pinang itu seperti yang dilaporkan sebuah portal ialah, penganiayaan ke atas pengkritik pemerintah, kekacauan ala Low Yat/Kota Raya dan pengasingan berasaskan agama.


Penganiayaan ke atas pengkritik pemerintah,

Yang menjadi persoalannya ialah adakah Wong Chin Huat wakil kepada badan pemikir DAP terfikir bahawa semua ini mungkin terhasil daripada provokasi-provokasi berterusan ke atas Perlembagaan Persekutuan, prinsip asas Rukun Negara dan kegagalan untuk menghormati adat dan budaya kebangsaa?

Rentetan daripada semua itu menjadi pencetus kepada tindakan demi tindakan undang-undang untuk memastikan Malaysia terus kekal selamat untuk semua.

Wong Chin Huat harus sedar selagi suara-suara yang tidak menghormati asas-asas kenegaraan terus dikemudangkan dan aktiviti-aktiviti tajaan Penang Institute ke atas program-program yang mempersoalkan amalan Islam di negara ini berterusan, maka tindakan mencegah demi memastikan negara ini sentiasa selamat akan terus dijalankan.


Kekacauan ala Low Yat/Kota Raya

Apabila penindasan ke atas rakyat dilakukan oleh peniaga-peniaga biadab dan berlakunya elemen rasuah antara peniaga dan pihak berkuasa dalam menutup jenayah mereka, maka insiden-insiden seperti di Low Yat besar kemungkinan akan terus mengambil tempat. Ini kerana rakyat yang ditindas rejim peniaga ini sudah tidak meletakkan kepercayaan kepada sistem keadilan yang sepatutnya berpihak dengan adil dalam situasi-situasi tersebut.

Wong Chin Huat dengan dana yang besar daripada Penang Institute sepatutnya berperanan lebih daripada menjadi Prophet of Doom. Wong Chin Huat dan badan pemikir DAP sepatutnya mencari punca dan menggariskan penyelesaian yang tuntas untuk membanteras ianya daripada menjadi semakin tidak terkawal. 


Pengasingan berasaskan agama.

Walau apapun tuduhan yang dilemparkan oleh DAP hakikatnya ialah tiada pengasingan seperti yang didakwa berlaku oleh Wong Chin Huat dan jika beliau faham tentang asas Perlembagaan Persekutuan, beliau tentunya tidak akan berfikir sedemikian. 


Perkara yang harus jelas di sini ialah, Islam sebagai Agama Persekutuan; tetapi agama-agama lain bleh diamalkan sengan aman dan damai di dalam Persekutuan.

Yang memisahkan diri dari sistem ini ialah pandangan-pandangan yang berdegil tidak mahu memahami serta tunduk kepada keberadaan sifat-sifat Perlembagaan Persekutuan.

Dalam pada itu Wong Chin Huat harus bersyukur perayaan Krismas di Malaysia tidaklah seteruk seperti yang dilaporkan oleh portal-portal tertentu tentang sambutan Krismas di Brunei. Keterbukaan yang ada harus dihargai dan dipelihara semua, sepanjang masa.

Yang paling penting, susuk seperti Wong Chin Huat (walaupun tidak kisah jika berterusan dibabikan) harus sedar bahawa ketika dia berkokok meramal bagai sang gipsi mabuk tanpa bebola kristal, ekornya sendat dan padat dipenuhi tahi.

Itu pepatah Melayu yang kekal sehingga ke hari ini. Penang Institute mungkin akan jadi lebih cerdik jika membuka cluster untuk mengkaji tentang pepatah Melayu. Sekurang-kurangnya mungkin DAP pasca itu tidak akan berbuat kenyataan bodoh seperti yang dilakukan salah seorang pemimpin mereka sehingga ditegur keras kawan dan lawan!


Tahun 2016, apa lagi DAP mahu??

Share this article

1 Komen:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top