Nuffnang

AMUK JPJ : Lelaki Ini Dihadap Ke Mahkamah!!!


Georgetown, 30 Dis: Polis akan mendakwa seorang lelaki berusia 40 tahun yang memaki hamun dan membuat kecoh di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Batu Uban baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Fardalathrash Wahid, lelaki tersebut akan dituduh di Mahkamah Majistert Georgetown esok mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Lelaki itu juga telah ditahan untuk diambil keterangan dan telah dibebaskan dengan jaminan polis.

"Kita sudah merujuk kesnya kepada Timbalan Pendakwa Raya yang kemudian bersetuju untuk mendakwa lelaki terbabit kerana kesalahannya itu," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Sebelum ini, video lelaki berkenaan yang memaki hamun pegawai JPJ menjadi viral di media sosial sejak beberapa hari yang lalu. 
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top