Nuffnang

HASUTAN : Pemimpin PSM Ditahan!!!


Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM), Khairul Nizam Abd Ghani ditahan di bawah Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia sebaik sahaja hadir untuk memberi keterangan di ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pagi ini.

Setiausaha Agungnya, Sivarajan Arumugan berkata Khairul dikepung sepasukan polis Jumaat lalu ketika hadir dalam satu forum di Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, selepas berunding dengan pegawai penyiasat yang terlibat Khairul diminta hadir ke ibu pejabat polis daerah Bukit Aman untuk memberi keterangan.

Namun, sebaik sahaja tiba di IPD Bukit Aman sekitar jam 9.00 pagi Khairul dimaklumkan bahawa kes tersebut dipindahkan ke IPD Dang Wangi.

"Jumaat lalu Khairul telah dikepung dalam satu forum di Kuala Terengganu namun selepas berbincang beliau bersedia untuk hadir ke Bukit Aman bagi membantu siasatan.

"Tetapi, pagi ini Khairul telah dimaklumkan bahawa beliau akan ditahan. Pihak polis sepatutnya siasat Khairul dalam tempoh 24 jam kemudian baru meminta reman di mahkamah untuk tujuan siasatan lanjut," katanya kepada pemberita di luar perkarangan IPD Dang Wangi.

Adalah difahamkan Khairul ditahan bawah Akta Hasutan kerana mengkritik penahanan aktivis PSM, Khalid Ismath.
Share this article

1 Komen:

  1. Pandai jugak cinapek dapigs gunakan Melayu tongkol dan pariah cilaka untuk menjalankan agenda2 subsersif mereka. Jadi tak nampak la cinapek dapigs sebagai perancang yang sebenarnya.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top