Nuffnang

BUMBUNG BERSALIB : Respon KJ Pasti Membuatkan Ramai Pihak Tak Senang Duduk!!!


Kedah, 30 Dis - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini memuat satu gambar beliau 'berselfie' dengan bumbung rumah "bersalib" yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini.

Menerusi kapsyen di gambar tersebut, difahamkan pihak pemaju telah menyelesaikan 'kontroversi' itu.

Menerusi laman Twitter, KJ menulis : 
"Rumah2 yang ada "salib" di Langkawi. Sekarang sudah dicat semula selepas kekocohan yang timbul. Kita banyak sangat membazir masa untuk isu-isu remeh".
Gambar yang dimuat naik oleh KJ memaparkan keadaan bumbung rumah tersebut yang telah dicat kembali dimana sebahagian "salib" itu dicat dengan warna yang sama seperti warna bumbung di bahagian yang lain.


Sebelum ini, kerajaan negeri Kedah telah mengarahkan pemaju kawasan perumahan berkenaan supaya memperbetulkan semula bumbung rumah tersebut untuk mengelakkan sebarang masalah dari timbul di masa hadapan.
Share this article

2 Komen:

  1. KJ, ini bukan isu remeh. Siasat samada hal ini disengajakan atau pun tidak sengaja. Padam api semasa tengah kecil. Kalau dah marak.... awaklah yang hangus nanti. Usah binasakan diri anda dengan membuat komen2 seperti ini. Ingat juga kepada penyokong dan pengundi anda yer???

    BalasPadam
  2. assalam. Wahai org2 yg beriman! Bantulah agama Allah, Allah PASTI membantu kamu - al ayat.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top