Nuffnang

VAPE : Bila Anak Najib Razak Bersuara


“Saya sokong vaping jika ia dilakukan dengan adab dan tatacara yang betul. Ramai juga kenalan saya yang vape, malah ada yang telah berhenti merokok.



Anak Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Razak meluahkan harapan agar kegiatan Vape tidak diharamkan sepenuhnya di negara ini.

Nazifuddin atau Nazif Najib berkata, beliau secara peribadi melihat wujud kesan positif daripada aktiviti vape jika dilakukan dengan baik dan beradap.

“Saya berharap agar industri ini terus berkembang di Malaysia. Saya tidak setuju dengan pengharaman vaping. Kita hanya perlu vape dengan bertanggungjawab dan beretika,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui status di Facebook miliknya yang dimuat naik dalam tempoh 24 jam yang lalu.


Menurut Nazif, yang menjadi isu dan masalah ialah apabila vaping menjadi aktiviti yang dilakukan tanpa kawalan sehingga membawa kepada ketagihan.

Tambahnya, Vaping adalah satu alternatif yang baik kepada merokok.

“Saya merasakan ia masih kekal sebagai alternatif merokok dan kita seharusnya mengiktiraf inovasi dan kreativiti yang telah timbul dari industri ini. Yang hebatnya, kebanyakan produk terbaik seperti perisa jus vape datang dari usahawan muda tempatan,” katanya.

Bagi memperlihatkan sokongan terhadap aktiviti Vape yang sihat, Nazif sebentar tadi melawat sebuah kedai Vape di Cyberjaya dan meluangkan masa dengan anak-anak muda yang terbabit dengan aktiviti berkenaan.

Kementerian Kesihatan beberapa hari lepas mengeluarkan kenyataan akan bertindak terhadap penjualan perisa Vape yang berasaskan nikotin.

Ini kerana, berdasarkan Akta Racun 1952 dan Akta Makanan 1983, penjualan nikotin tanpa lesen di pasaran terbuka adalah salah di sisi undang-undang waima vape tidak pula diharamkan oleh pihak kerajaan.

Nikotin merupakan bahan kimia kawalan tetapi hanya dikecualikan dalam pembuatan produk tembakau, manakala aktiviti penjualan cuma boleh dibuat melalui ahli farmasi berlesen serta pengamal perubatan berdaftar.

Peniaga yang didapati ingkar sebenarnya boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-dua sekali menurut akta sedia ada.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top