Nuffnang

BONGKAR!!! PAS Selangor Dedah Strategi Licik DAP


DAP komited dan fokus untuk memenangi pilihan raya dengan pelbagai helah dan taktik, namun kini strategi mereka telah didedah oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, kata penganalisis politik Lim Sian See.

Strategi yang dimaksudkan itu adalah perpindahan pengundi baharu ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menjadi target DAP sebagaimana didedahkan Iskandar baru-baru ini.

“Kita sudah tahu strategi mereka. Kami telah menerima laporan mengenai peralihan pengundi ke kawasan DUN milik PAS.

“Tetapi kita masih yakin kita mampu mempertahankan kerusi kami,” dedah Iskandar ketika dihubungi Malay Mail Online.

Iskandar, yang juga Naib Presiden PAS, berkata demikian sebagai mengulas rancangan DAP untuk mencabar PAS di lapan kerusi DUN Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

Pada 30 Oktober lalu, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata, pihaknya yakin dapat merampas kerusi PAS pada PRU 14 dan mengisytiharkan mereka “boleh menang” kerana pengaruh DAP yang semakin meningkat di kawasan berkenaan.

Kawasan yang menjadi target DAP adalah; Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jeras, Sri Serdang, Meru, Cempaka, Dusun Tua dan Tanjung Sepat.

Mengulas isu tersebut, Lim Sian See berkata ancaman DAP itu tidak boleh dipandang sebelah mata kerana parti itu terkenal dengan pelbagai taktik yang licik semata-mata untuk menang PRU.

“Hipotesisnya, kemungkinan DAP untuk memenangi kerusi ini adalah tinggi memandangkan undi Melayu secara tradisinya dibahagikan sama rata antara UMNO dan PAS.

“PAN dan PKR kemudiannya akan membantu DAP untuk meningkatkan sokongan orang Melayu kepada DAP manakala UMNO dan PAS berpecah undi – oleh itu memberi DAP peluang untuk berjaya.

“Semua taktik DAP ini sudah tentu boleh dipersoalkan dari segi etika, tetapi ia tidak menyalahi undang-undang.

“DAP hanya mengambil kesempatan daripada sistem pilihan raya dan politik berasaskan kaum untuk memanipulasi komposisi pengundi yang mereka sasarkan untuk menang.

“Tetapi pengundi hanya perlu sedar bahawa DAP memang melakukan taktik dan helah seperti ini,”ulasnya.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top