Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyifatkan DAP sebagai sebuah parti yang panas kerana sering mengugut rakan sekutunya demi merealisasikan dasar perjuangan parti tersebut.
Jelas Nik Abduh, DAP suka menjuarai sesuatu isu yang timbul dan mahu semua orang mengikut arahannya. DAP juga terlalu mencampuri urusan parti lain hinggakan PAS berpecah dan parti baru ditubuhkan dari serpihan PAS.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu juga berkata, rakyat di Malaysia tidak menyukai parti yang tamak serta rakus seperti DAP dan beliau yakin rakyat lebih senang dengan parti yang lebih matang seperti PAS.
"DAP merupakan sebuah parti yang panas, kalau rakyat Malaysia suka panas, dia pilih DAP, suka cool pilih Pas," kata Nik Abduh ketika ditemui di lobi Parlimen.
Beliau berkata demikian bagi mnegkritik tindakan pemimpin DAP yang mengugut Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali supaya menyingkirkan Pas dari pentadbiran kerajaan negeri itu.
Dap mengugut, jika Azmin masih berdegil mahu mempertahankan Pas dari pentadbiran kerajaan negeri, DAP Selangor tidak teragak-agak untuk keluar dari pentadbiran kerajaan negeri Selangor.
Jika difikirkan, apa yang dikatakan oleh Ketua Pemuda Pas ini ada kebenarannya... Kita sendiri dapat melihat DAP ini cuba menjadi ketua dalam semua hal dan sanggup menggugut rakan sekutunya.
Perkara ini juga pernah terjadi kepada Pas dimana DAP menghalang usaha Pas untuk membawa usul hukum hudud ke Parlimen dengan mengugut pelbagai cara sehinggakan hubungan antara kedua-dua parti diputuskan.
Malah, sehingga hari ini, DAP sering menyerang Pas kerana tidak menyokong dan menyebelahi mereka di Parlimen dan juga beberapa keputusan yang melibatkan usaha menggulingkan pentadbiran kerajaan BN.-Utaranews.com
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....