Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof. Datin Dr. Azizan Baharuddin berkata, hasil Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan itu turut mendapati 20 hingga 30 orang daripada setiap 100,000 rakyat dijangka akan membunuh diri setiap tahun.
Kata beliau, peningkatan turut dilihat dalam trend mendapatkan rawatan masalah mental di hospital-hospital kerajaan apabila seramai 400,227 pesakit mendapatkan rawatan psikiatri pada tahun 2008.
“Jumlah itu meningkat dari tahun sebelumnya iaitu seramai 346,196 pesakit mendapatkan rawatan berkenaan.
“Masalah kesihatan mental golongan dewasa meningkat kepada 11.2 peratus berbanding 10.7 peratus manakala golongan kanak-kanak dan remaja meningkat 13 peratus kepada 20.3 peratus,” katanya ketika berucap merasmikan Muzakarah Pakar Kesihatan Mental Bayi dan Kanak-Kanak di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Azizan berkata, peningkatan sebanyak 15.6 peratus pesakit mendapatkan rawatan psikiatri itu menunjukkan semakin ramai individu menderita akibat masalah kesihatan mental.
Katanya, senario itu menggambarkan wujud kesedaran dalam kalangan pesakit dan keluarga mereka untuk mendapatkan rawatan dan merujuk masalah yang dihadapi pada tempat yang sepatutnya iaitu hospital.
“Sehubungan itu, amat penting tahap kesedaran terhadap penjagaan mental ditingkatkan dalam masyarakat,” katanya.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....