Kura-kura dalam perahu.....semua orang dah cukup tahu. Di kala parti pembangkang berkecai, para pemimpin Umno pula saling menghunus keris, saling bertikam antara satu sama lain, hanya kerana isu 1MDB dan wang derma RM2.6bilion.
Mereka yang terlibat bertikam lidah, saling menjatuhkan itu, pemimpin bukan alang kepalang, membabitkan mantan Perdana Menteri yang pernah menjadi Presiden parti selama 22 tahun, seorang pemimpin veteran yang berjawatan mantan Timbalan Perdana Menteri dan masih sebagai Timbalan Presiden, seorang Naib Presiden, seorang pemimpin veteran yang telah menjadi wakil rakyat berdekad lamanya.
Mereka yang terlibat bertikam lidah, saling menjatuhkan itu, pemimpin bukan alang kepalang, membabitkan mantan Perdana Menteri yang pernah menjadi Presiden parti selama 22 tahun, seorang pemimpin veteran yang berjawatan mantan Timbalan Perdana Menteri dan masih sebagai Timbalan Presiden, seorang Naib Presiden, seorang pemimpin veteran yang telah menjadi wakil rakyat berdekad lamanya.
Malah pengelibatan para mantan pemimpin yang pernah berkuasa berbagai jawatan termasuk Menteri Besar, menteri kabinet terlama dan sebagainya.
Apa yang cuba ditunjukkan oleh mantan-mantan pemimpin ini, kepada kader-kader parti khususnya pada mereka yang baru berjinak-jinak menyokong atau ahli parti?
Apa kah mereka itu, ingin menunjukkan, demikianlah perjuangan, demikianlah kalau terlibat dengan parti?
Jika para pemimpin veteran atau mantan pemimpin, benar-benar ikhlas semasa melahirkan hasrat bersara, seharusnya, mereka memberi peluang kepada anak didik mereka mengurus parti dan kerajaan.
Boleh dikatakan sebahagian besar pemimpin yang ada dan sedang berkuasa dalam Umno merupakan anak-anak didik para mantan pemimpin Umno, kerana Perdana Menteri terlama negara hanya bersara pada Tahun 2003, hanya 12 tahun yang lalu.
Jika diimbas kembali kecaluran dalam Umno dan Bn bermula selepas PRU-2004, apabila BN yang diketuai oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi hampir melumpuhkan pembangkang, kerana pada PRU itu, hampir semua pemimpin terkuat pembangkang tumpas, termasuklah Lim Kit Siang dan Karpal Singh. Pada PRU itu, bagi parti yang disokong Anwar, hanya menang satu kerusi, iaitu kerusi Permatang Pauh. Malah di kelantan, Pas menang dengan kelebihan satu kerusi Dun.
Melihat keputusan tersebut, Tun Dr Mahathir mula bersuara, bahawa negara perlu suara pembangkang yang kuat di Dewan Rakyat, sebagai Check and Balance.
Setiap kesempatan dan peluang, mantan Perdana Menteri itu mengulang-ulang pendapat beliau itu.
Selepas itu, tekanan Tun Dr Mahathir merebak kepada kepimpinan Pak Lah, ekoran kekalahan beliau bertanding sebagai perwakilan G7 di Kubang Pasu, di mana beliau pernah menjadi Ketua Bahagian lebih 22 tahun selain pembatalan Jambatan Bengkok yang menghubungkan Johor dengan Singapura.
Oleh kerana suara Tun Dr Mahathir kerap disiarkan oleh berbagai media pembangkang, maka satu usaha dipihak Pak Lah memulaukan mantan Perdana Menteri itu daripada semua liputan media yang ada kaitan dengan kerajaan.
Oleh kerana pemulauan itu, mantan Perdana Menteri itu beralih ke media sosial, dengan menulis blog chedet.cc. Melalui bloglah beliau mengecam pentadbiran Pak Lah.
Ekoran kecaman yang bertali arus, termasuk keluar daripada Umno, maka Bn pada PRU-12, kehilangan kuasa 2/3 di dewan rakyat. Dimana ianya berlaku sejak diwujudkannya BN. Ekoran keputusan PRU-12 itu, maka beberapa pemimpin mendesak Pak Lah meletakkan jawatan, sebagai tanggungjawab kerana keputusan yang merosot tersebut.
Selepas Pak Lah meletekkan jawatan pada 2 April 2009, dan DS Najib Razak mengangkat sumpah pada 3 April, seminggu kemudian, Tun Dr Mahathir menyertai semula Umno, dan diterima sendiri oleh Najib di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya.
Bermulalah sokongan Tun Dr Mahathir kepada kerajaan pimpinan DS Najib dan berlarutan sehingga PRU-13.
Selepas PRU itu, maka diadakan pemilihan Umno, di mana Dato Mukhriz Tun Mahathir menawarkan diri bertanding bagi jawatan naib Presiden, namun tewas walaupun mendapat undi popular berbanding dengan calon yang mendapat urutan ketiga. Kekalahan Mukhriz, kerana gagal mendapat undi daripada Pahang dan Johor.
Bermula pada keadaan itu, Tun Dr Mahathir mula mengeritik kepimpinan DS Najib, mula-mula hanya sindir-sindiran melalui blog beliau.
Apabila isu 1MDB, menjadi polimek di media khususnya laporan bertali arus Sarawak reports dan disiar ulang dengan tokok tambah media pembangkang, antara lain Malaysiakini, The Age, The Malaysian insider dan Free Malaysia Today, Tun Dr Mahathir turut sama, dengan menulis pedas melalui blog beliau, dengan dakwaan yang bukan kepalang, RM42 bilion wang yang dipinjam 1MDB telah lesap.
Bermulalah, serangan peribadi Tun Dr Mahathir terhadap DS Najib, termasuk meminta PM ke-6 itu meletakkan jawatan.
Bagi mereka yang mempunyai niat mahu menjatuhkan PM, maka mengambil peluang ke atas serangan Tun Dr Mahathir tersebut yang mempergunakan 1MDB turut sama mengeritik syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut, dimana PM sendiri merupakan penasihat Lembaga Pengarah syarikat tersebut.
Apa yang pelik, anggota kabinet DS Najib sendiri yang menyerang beliau, atas sebab itu, DS Najib mengarahkan Ketua Audit Negara memeriksa 1MDB, dan pada masa yang sama Bank negara, PDRM, SPRM juga turut memeriksa syarikat milik MOF tersebut, malah PAC Dewan Rakyat juga turut ikut memeriksa.
Belumpun selesai penyiasatan, berbagai maklumat berkaitan syarikat itu telah dibocorkan ke media asing untuk dibuat laporan dengan berbagai tokok tambah yang bersifat spekulatif dan dakwaan, kononya telah berlaku salahgunakuasa di pihak Perdana Menteri.
Tujuan kepada semua tindakan itu, untuk memaksa DS Najib meletakkan jawatan.
Oleh kerana PM merasa dipihak yang benar, maka beliau tidak tunduk dengan desakan tersebut, malah membuat tindak balas dengan merombak kabinet dan memecat anggota kabinet yang bertindak sebagai gunting dalam lipatan.
Sebenarnya, kejadian yang berlaku dalam Umno kini, bukannya disebabkan oleh DS Najib, melainkan oleh mereka yang mahu berkuasa.
Atas sebab itu, meskipun pihak lawan dalam keadaan bercelaru, namun umno tidak dapat memanfaatkannya, kerana Umno juga dalam keadaan berkecamuk, saling menghunus pedang antara satu sama lain.
Bagaimana akar umbi bertaut? sedangkan para bapa dan ibu saling bertikaman!!!! seperti kata peribahasa, bagaimana ibu ketam menyuruh anaknya berjalan lurus, sedang dirinyapun tidak boleh berjalan lurus.
Melihat kepada keadaan ini, Parti tiada pilihan, melainkan memecat para pemimpin yang sedang menganggu kepimpinan,.
Walaupun tindakan itu pedih dan akan membawa pemeberontakan daripada penyokong yang dipecat itu, yakinlah, tindakan itu lebih baik berbanding membiarkan mereka mereka merosakkan parti.
- SUMBER
Jika sayangkan parti tindakan mesti senada dgn yg dikatakan. Jika tidak samalah mcm hipokrit.
BalasPadam