Nuffnang

BANJIR : Perak Negeri Pertama Dilanda Bencana


IPOH: Seramai 168 penduduk ditempatkan di empat pusat pemindahan di dua daerah selepas kawasan rumah mereka dilanda banjir petang semalam. 

Pengarah Bomba dan Penyelamat Perak, Yahya Madis, berkata sehingga jam 8.30 malam semalam sebahagian besar mangsa iaitu 102 orang yang dipindahkan adalah dari kawasan sekitar Parit di daerah Perak Tengah. 

Katanya, perangkaan pihak urusetia banjir negeri mengesahkan 79 daripada 21 keluarga dari Kampung Simpang 3 ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Simpang 3.

"Seramai 13 mangsa (empat keluarga) dari Kampung Serapoh dipindahkan ke Surau Buluh Kuning manakala baki 10 lagi mangsa (tiga keluarga) dari kampung sama ditempatkan di Surau Kampung Serapoh," katanya.

Sementara itu, di Selama seramai 66 penduduk (22 keluarga) di Kampung Sangkut dan Kampung Jernih terpaksa dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Ijok selepas kejadian sama.
Share this article

1 Komen:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top